Skip to main content

10th IGRSM International Conference And Exhibition On Geospatial & Remote Sensing (IGRSM 2020)

Sr Ismail bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Polisi dan Outreach telah mewakili PGN membentangkan kertas kerja bertajuk "Geospatial Information Sharing in Industrial Revolution 4.0: Speed Up Production, Meet the Standard" di 10th IGRSM International Conference and Exhibition on Geospatial and Remote Sensing (IGRSM 2020).

 

Tema IGRSM 2020 adalah “Advancing Geospatial 4.0” yang disertai oleh lebih daripada 250 peserta dari dalam dan luar negara. Peserta adalah terdiri daripada pembentang kertas, penaja, ahli akademik, agensi kerajaan dan swasta serta pengamal geospatial yang berdaftar di bawah IGRSM. Persidangan ini turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 

Kertas kerja PGN yang telah dibentangkan merangkumi latar belakang, aktiviti dan perkhidmatan PGN serta contoh kejayaan kolaborasi PGN bersama agensi. Fokus utama pembentangan adalah berkaitan peranan PGN sebagai penyelaras perkongsian maklumat geospatial negara. PGN juga sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawabnya serta memastikan semua agensi yang berkolaborasi di bawah MyGDI dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan seterusnya memelihara kesejahteraan negara. 

PGN amat berterima kasih kepada pihak IGRSM kerana diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja pada persidangan kali ini. Tidak dilupakan kepada semua peserta IGRSM 2020 yang telah meluangkan masa bagi menyaksikan pembentangan ini.