News

Sesi Khidmat Nasihat Dan Bantuan Teknikal Berkaitan Geospatial Kepada Kementerian Industri Utama (MPI)

Pada 17 Jun 2019, MaCGDI, KATS telah berkunjung ke Kementerian Industri Utama (MPI) bagi menyantuni undangan Kementerian tersebut untuk melihat skop khidmat nasihat serta bantuan teknikal berkaitan geospatial daripada MaCGDI dalam pengurusan tanaman komoditi terutamanya sawit. Penghasilan peta dan maklumat geospatial tanaman komoditi telah dikenal pasti sebagai salah satu elemen penting dalam membantu memajukan industri komoditi yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.  

 

English

Pelaksanaan Audit Pemantauan Tahun Kedua Pensijilan Semula ISMS Di MaCGDI Bagi Tahun 2019

Pelaksanaan  Audit Pemantauan Tahun Kedua bagi Pensijilan Semula ISMS ISO/IEC 27001:2013  MaCGDI telah dilaksanakan pada 16 dan 17 Mei 2019.  Pelaksanaan ISMS yang merangkumi skop “Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan maklumat bagi Perkongsian Data Geospatial MaCGDI” telah dilaksanakan oleh juru audit SIRIM yang diketuai oleh Encik Azran bin Mohammad Ridzuan.

English

Sisipan artikel mengenai Perkongsian Maklumat Geospatial Melalui Platform MyGOS di Buletin Perjasa Bil 1/2019

Artikel mengenai Perkongsian Maklumat Geospatial melalui Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) telah disisipkan di dalam Buletin Perjasa Bil 1/2019 sebagai satu kaedah penyaluran maklumat kepada semua kakitangan awam mengenai inisiatif yang telah dijalankan oleh MaCGDI dalam menggalakkan lagi perkongsian maklumat geospatial di agensi-agensi kerajaan. Klik di sini untuk maklumat lanjut >>

English

Lawatan Peserta Kursus UP07/19 (Aplikasi GIS di Jabatan/Agensi) Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

Pada 17 April 2019, MaCGDI telah menyantuni kunjungan lawatan peserta Kursus UP07/19 bertajuk Aplikasi GIS Di Jabatan/Agensi yang dianjurkan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Peserta kursus ini terdiri daripada 30 orang pegawai yang bertugas di pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan seperti Kementerian di peringkat Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

 

English

Focus Group Discussion(FGD) Bagi Penyediaan Dokumen Permulaan Projek Pembangunan Sustem Daftar Warisan di Bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]

4-5 April 2019 | Pusat Pengembangan Warisan,Kuala Lumpur - Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan Focus Group Discussion bersama Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)  bagi membincangkan Keperluan Projek dan Penyediaan Dokumen Permulaaan Projek Pembangunan Sistem Daftar Warisan. 

 

English

Kursus Aplikasi MyGeoTranslator kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang dan agensi di negeri Pahang

 

Kursus Aplikasi MyGeoTranslator kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang dan agensi di negeri Pahang diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan Aplikasi MyGeoTranslator.

 

Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membolehkan agensi di Negeri Pahang mendapat pengetahuan/kecekapan dalam pengendalian data geospatial dan memastikan pelaksanaan penyediaan data GIS dapat dilaksanakan secara berterusan mengikut standard-standard yang telah ditetapkan.

 

English

Lawatan Kerja Dan Perbincangan Mengenai Potensi Kerjasama Dengan Jabatan Bekalan Air (JBA)

Pada 22 Januari 2019 lalu, MaCGDI telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Bekalan Air (JBA) bagi tujuan perbincangan potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak. JBA merupakan salah satu Jabatan yang sebelum ini bernaung di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA). Pembentukan Kerajaan Baharu pada tahun 2018 telah menggabungkan semula Jabatan sektor air di bawah KeTHHA termasuk JBA bersama Jabatan-jabatan di bawah NRE menjadi satu Kementerian yang kini dijenamakan sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

English

Lawatan Kerja Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA MALAYSIA)

Pada tanggal 14 Januari 2019, MaCGDI telah menerima lawatan kerja dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia). NADMA Malaysia merupakan agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab menyelaras agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana. NADMA Malaysia turut berperanan sebagai jentera perancangan dan pelaksanaan bantuan bencana negara supaya ianya dapat diurus dengan lebih cekap, berkesan serta sampai ke segenap lapisan masyarakat khususnya kepada mangsa bencana.

 

English

Pages