Jawatankuasa Pengurusan MyGDI
Pembangunan dan pelaksanaan MyGDI ditadbir urus oleh beberapa jawatankuasa. Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) bertanggungjawab dalam menetapkan polisi-polisi berkaitan pembangunan dan pelaksanaan MyGDI.
JPMK dibantu oleh tiga (3) Jawatankuasa teknikal iaitu - Jawatankuasa Teknikal Franework MyGDI (JTFM), Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) dan Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCH). Aktiviti MyGDI di negeri pula dibantu oleh dua (2) jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Negeri (JPMN) dan Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri (JTMN)
Jawatankuasa Penyelarasan MyGDI Kebangsaan (JPMK)
JPMK bertanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia dalam :
- Menetapkan dasar dan garis panduan bagi pembangunan dan pelaksanaan MyGDI
- Menubuhkan jawatankuasa kerja yang diperlukan dari semasa ke semasa.
- Menyelaras dan memantau pembangunan dan pelaksanaan MyGDI melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan melalui JPMK.
- Memastikan keperluan sumber kewangan, tenaga manusia serta teknologi disediakan bagi aktiviti MyGDI.
Keanggotaan:
Pengerusi: Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Timbalan Pengerusi : Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Setiausaha: Pengarah Pusat Intrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
Keahlian:
- Agensi-agensi pusat yang terlibat iaitu Perbendaharaan Malaysia, MAMPU, EPU dan ICU
- Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan
- Semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Negeri dan Wilayah Persekutuan.
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI
- Lain-lain ketua agensi yang dicadangkan dari masa ke semasa.
Urus Setia: Pusat Intrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan MyGDI Kebangsaan (JPMK)bil 1/2010 seperti berikut
:






