English Arabic Chinese (Simplified) Hindi

  • Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Jawatankuasa Pengurusan MyGDI

Pembangunan dan pelaksanaan MyGDI ditadbir urus oleh beberapa jawatankuasa. Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK)  bertanggungjawab dalam menetapkan polisi-polisi berkaitan pembangunan dan pelaksanaan MyGDI.

JPMK dibantu oleh tiga (3) Jawatankuasa  teknikal iaitu  - Jawatankuasa Teknikal Franework MyGDI  (JTFM), Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) dan Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCH). Aktiviti MyGDI di negeri pula dibantu oleh dua (2) jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Negeri (JPMN) dan Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri (JTMN)

Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri (JTMN)

JTMN bertanggungjawab kepada JPMN dalam:
 
  • Menerimapakai polisi dan standard yang ditetapkan oleh JPMN
  • Memastikan Clearinghouse MyGDI digunapakai oleh semua agensi di bawahnya
  • Menyelaras perancangan penyediaan dan geospatial bagi tujuan perkongsian melalui MyGDI di peringkat negeri bagi mengelakkan pertindihan usaha pengutipan data
  • Memastikan keperluan sumber kewangan, tenaga manusia serta teknologi disediakan bagi aktiviti MyGDI
 
Keanggotaan
 
Pengerusi: Pengarah UPEN Negeri.
 
Setiausaha : (ditentukan oleh Pengerusi JTMN)
 
Keahlian :
 
  • Wakil MaCGDI;
  • Wakil agensi-agensi negeri;
  • Wakil agensi-agensi Persekutuan; dan
  • Wakil Pihak–pihak Berkuasa Tempatan.
 
Pengerusi JTMN boleh menentukan keanggotaan JTMN mengikut kesesuaian dan keperluan.
 
Urusetia : Ditentukan oleh Pengerusi JTMN