MaCGDI ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai penyelaras program nasional bagi membangun dan mempromosikan Infrastruktur Maklumat Geospatial Negara (MyGDI). MaCGDI bertanggungjawab dalam menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta dan awam.
MaCGDI ditubuhkan pada Disember 2002 bagi menggantikan Sekretariat NaLIS di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Pada 27 Mac 2004, MaCGDI diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
Misi MaCGDI adalah mewujudkan hubungan kerjasama antara pelbagai pihak di Malaysia dengan mempromosi, koordinasi dan mengurus infrastruktur maklumat geospatial melalui pembangunan polisi, garis panduan, standard, data, teknologi ICT, R&D dan pembangunan kepakaran dalam bidang GDI, GIS dan Geoinformasi.
Hubungi kami
Pusat Infrastruktur Data Geospatial (MaCGDI),
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE),
Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62574, Putrajaya, Malaysia
No untuk dihubungi :
No. telefon : +603-8886 1111
No Fax : +603-8889 4851
