English Arabic Chinese (Simplified) Hindi

  • Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Mengenai MyGDI

 MyGDI merupakan inisiatif kerajaan bagi program nasional di dalam membangunkan Infrastruktur Data Geospatial ke arah meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan data dengan mempermudahkan capaian dan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi-agensi yang terlibat. Ini boleh dicapai dengan menggalakkan perkongsian data antara agensi-agensi terlibat.
 
MyGDI sebagai Infrastuktur Data Spatial Negara (NSDI) merupakan infrastruktur data geospatial yang merangkumi polisi, data, standard,maklumat geospatial dan teknologi, R&D dan pembangunan modal insan sepertimana yang telah termaktub di dalam Surat Pekeliling MyGDI No 1-2006- Panduan Pelaksaaan Infrastruktur Data Geospatial Malaysia(MyGDI) untuk memudahkan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak umum.Melalui infrastruktur ini satu perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi diwujudkan bagi kemudahan semua pihak di Malaysia dalam berkongsi dan mengambil usaha membangunkan produk-produk berasaskan geospatial secara lebih mudah, kos yang relevan dan cepat.
 
 
Klik imej untuk baca online
 
Projek MyGDI ditadbir urus melalui jawatankuasa-jawatankuasa dan MaCGDI penyelaras projek.Salah satu matlamat MyGDI juga menyediakan platfom bagi komuniti geospatial di Malaysia berkongsi dan mencapai maklumat geospatial yang ada dari pelbagai sumber. MyGDI Explorer memudahkan capaian maklumat geospatial secara atas talian yang mana ia salah satu usaha dalam mengelakkan pertindihan usaha terutamanya dalam pengumpulan maklumat geospatial. Ia menyediakan satu asas bagi penjelajahan data geospatial, penilaian , dan permohonan untuk pengguna-pengguna dan pembekal data dalam semua peringkat kerajaan, komersial , dan sektor bukan berasaskan keuntungan serta akademik dan orang ramai. 
 
 
 
 
 
Di bawah adalah kedudukan MyGDI dalam hirarki Infrastruktur Data Geospatial (SDI):