Current Style: Standard
Sistem Kod Parcel
Penyelarasan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (Unique Parcel Identifier - UPI) sangat penting dilaksanakan bagi keseragaman pemakaian oleh agensi-agensi yang berkaitan.
Terdapat 3 kategori UPI diperkenalkan untuk carian data kadaster iaitu:
- Hakmilik Kekal bagi tanah yang telah diukur
- Hakmilik Sementara bagi tanah yang belum diukur
- Hakmilik Strata bagi hartanah berbilang tingkat
Faedah pelaksanaan penggunaan UPI:
- Memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi.
- Memudahkan pertukaran data antara agensi-agensi kerajaan;
- Membantu agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan sistem aplikasi dan;
- Menyediakan asas untuk melaksanakan dokumentasi yang seragam di agensi-agensi berkaitan.
.png)






