• Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Malaysia Land Intergrated Information Services (MyLIIS)

Aplikasi Malaysia Land Intergrated Information Services (MyLIIS) merupakan satu perkhidmatan yang mengintegrasi maklumat dari pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan tanah seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Malaysia (JPPH), Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) didalam satu antara-muka. Pengguna boleh memaparkan lokasi lot tanah beserta penerangan didalam satu paparan. Ini menjimatkan kos dan masa.

Antara muka aplikasi ini menyediakan pengguna dengan paparan peta dan fungsi carian berasaskan lokasi.  Fungsi carian ini dibangunkan untuk agensi yang mempunyai maklumat data teks berasaskan lokasi seperti maklumat yang terdapat di PTG dan JPPH. Sebagai contohnya di PTG, carian boleh dilakukan dengan menggunakan nombor hakmilik atau nombor lot disesuaikan kepada maklumat negeri, daerah dan mukim.

Paparan peta dan lot tanah adalah percuma, tiada maklumat pembayaran akan dipamerkan. Walaubagaimanapun apabila pengguna melakukan carian kepada maklumat tekstual, sebelum maklumat terperinci dipaparkan sistem akan membuat verifikasi samada anda mempunyai kebenaran untuk mencapai maklumat tersebut kerana ianya adalah berbayar.