• Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Stakeholder

MyGDI hanya akan dapat menjadi kenyataan dengan penglibatan dan bantuan dari stakeholder. Stakeholder memainkan peranan yang kritikal di dalam pembangunan, penyelenggaraan, penyediaan dan pewujudan data dan maklumat GIS, yang merupakan asas kepada MyGDI.
 
Pada masa ini stakeholder termasuk agensi-agensi kerajaan dipelbagai peringkat samada diperingkat tempatan, negeri mahupun negara dan mereka bertindak sebagai kedua-duanya sekali iaitu sebagai pembekal data dan juga pengguna data geospatial dan servis. Melalui penglibatan kumpulan stakeholder ini, MyGDI dapat membantumudah dan meningkatkan inisiatif sediada untuk memenuhi keperluan dari agensi-agensi kerajaan yang merupakan stakeholder.
 
Selain daripada agensi-agensi kerajaan, stakeholder juga terdiri dari komuniti-komuniti yang lain termasuklah organisasi-organisai persendirian, ahli-ahli akademik dan orang awam. Kumpulan ini boleh dikatakan sebagai pengguna data geospatial dan penglibatan mereka amat penting. Oleh itu inisiatif MyGDI seharusnya mengambil kira keperluan mereka agar MyGDI relevan didalam konteks mereka. Ini secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada kerajaan sebagai stakeholder kerana peningkatan di dalam sistem penyampaian perkhidmatan.
 

Carian Stakeholder

Sila pilih dari senarai negeri di bawah untuk membuat carian stakeholder yang berkaitan dengan MaCGDI.