• Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Yellow/Nilai

-A +A
The page style have been saved as Yellow/Nilai.

Pangkalan Data Nama Geografi (MyGeoname)

Pangkalan Data Nama Geografi merupakan bank data dimana tujuannya adalah untuk menyimpan nama-nama geografi, lokasi, sejarah dan notifikasi gazetir yang sah untuk kegunaan kerajaan dan pengguna awam. Web gazetir boleh dilayari melalui internet.

Nama-nama geografi digunakan setiap hari oleh pengguna untuk menerangkan persekitaran dan memberikan maklumat berkaitan kedudukan dimana seseorang itu berada atau untuk tujuan merancang ke sesuatu destinasi. 

Fungsi -fungsi :- 

  1. Membantu pembangunan sosio-ekonomi, pemuliharaan dan pembentukan prasarana Negara.
  2. Membantumudah di dalam pencarian pelbagai komuniti dengan mengujudkan penggunaan yang tekal bagi nama geografi.
  3. Memelihara kekayaan warisan sejarah.
  4. Mengenalpasti dan menyerlahkan budaya, warisan, lanskap dan memberi manfaat kepada sistem komunikasi, perdagangan, perniagaan, pelancongan, kadaster, hakmilik harta, perangkaan dan sebagainya.

Bagi melancarkan proses pembangunan pangkalan data nama geografi, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan (JNGK) yang diluluskan oleh cabinet pada 11 September 2002. JNGK kemudiannya menubuhkan Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) pada 11 Mac 2003 yang dipengerusikan oleh MaCGDI.