Current Style: Blok/White
Maklumat Tanah & Hartanah (MyLIIS)
|
Malaysian Land Integrated Information Services (MyLIIS) merupakan aplikasi yang memaparkan maklumat berkenaan tanah. Maklumat-maklumat ini dibekalkan oleh pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan tanah seperti Pejabat Tanah & Galian (PTG), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Maklumat tekstual daripada PTG, JPPH dan PBT diintegrasikan dengan lot kadaster daripada JUPEM untuk paparan dan lokasi lot tanah.
Pengguna boleh membuat carian maklumat pendaftaran tanah, cukai taksiran dan transaksi jualan hartanah menggunakan nombor lot, nombor hakmilik dan jenis hakmilik seterusnya cetak maklumat tersebut. Buat masa ini, maklumat tanah di MyLIIS hanya untuk PTG Pulau Pinang, PTG Kuala Lumpur, Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kuantan dan PTD Temerloh. Maklumat transaksi jualan hartanah dibekalkan oleh JPPH yang merangkumi 38 cawangan di Malaysia dan maklumat cukai taksiran dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (JPPH, DBKL). Unique Parcel Identifier (UPI) memainkan peranan yang penting untuk mengintegrasikan maklumat berkaitan tanah dengan lot kadaster yang dibekalkan JUPEM.
Maklumat yang dipaparkan di MyLIIS hanya boleh dicapai dan dicetak oleh pengguna yang mempunyai akaun e-commerce dengan MaCGDI. Ini kerana agensi pembekal data mengenakan bayaran untuk setiap paparan ataupun transaksi. Pengguna kerajaan boleh melihat paparan dan mencetak maklumat tersebut menggunakan akaun pra-bayar manakala pengguna korporat dan awam boleh membeli data menggunakan FPX (Financial Process Exchange) dan kad kredit. Bagaimanapun, modul e-commerce ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya dan sedang menunggu kelulusan daripada Perbendaharaan. Tanpa modul e-commerce, pengguna hanya boleh melihat maklumat lot kadaster dan demo data sahaja.
Terdapat 2 versi MyLIIS yang boleh dicapai. Versi sekarang dibangun menggunakan teknologi Cold Fusion dan ESRI ArcIMS 9.0 manakala MyLIIS baru (Versi Beta) dibangun menggunakan ASP.NET dan Arc GIS Server 9.3
|






