The page style have been saved as Yellow/Blue.
Objektif
Membolehkan capaian maklumat geospatial secara atas talian, mengelakkan pertindihan usaha pengutipan data geospatial dan memastikan ketepatan, kejituan dan keseragaman data yang akan digunakan untuk perancangan, pembangunan dan pengurusan tanah melalui:
- Penyediaan mekanisma/infrastruktur bagi memudahkan penggunaan dan perkongsian data geospatial dikalangan agensi pembekal dan pengguna.
- Mewakili kepentingan agensi diperingkat nasional dan antarabangsa berkaitan pengurusan data geospatial
- Menggalakkan penggunaan data geospatial yang lebih meluas di peringkat negeri dan nasional.
- Merangsang dan mempertingkatkan kesedaran terhadap nilai data geospatial dan teknologi berkaitan
- Bekerjasama ke arah pembangunan data geospatial negara yang kukuh.
|