Matlamat pelaksanaan MyGDI adalah untuk membolehkan ahli-ahli komuniti geospatial berkongsi dan mengakses data geospatial mereka. Ia juga dapat memudahkan bagi membuat capaian terhadap maklumat geospatial, mengelak pertindihan data yang dikumpul dan memastikan ketepatan, dan kesahihan data untuk digunakan dalam merancang, membangunkan dan menguruskan sumber tanah dengan cara:
- menyediakan satu mekanisme bagi memudahkan penggunaan dan perkongsian data geospatial antara agensi-agensi yang menggunakan dan membekal data
- menggalakkan penggunaan data geospatial secara meluas diperingkat negeri dan kebangsaan
- merangsang dan mempertingkatkan kesedaran tentang nilai data geospatial dan teknologi yang berkaitan dengannya
- menyumbang ke arah pembangunan lestari melalui kerjasama dalam pembangunan data geospatial.
Oleh itu , faedah pelaksanaan MyGDI adalah sepertimana berikut:
- Mengelakkan pertindihan usaha dalam pengumpulan dan penghasilan data geospatial.
- Penyeragaman penggunaan data geospatial melalui pengubalan polisi serta standard. Peningkatan tahap kesedaran dan penggunaan data geospatial disamping menambah kepelbagaian produk tambah nilai.
- Pelaksanaan Kerajaan Elektronik dan K-Ekonomi dapat direalisasikan.
- Perkembangan industri data geospatial tempatan.
- Pengukuhan keupayaan kapasiti institusi menerusi program pembangunan sumber manusia bagi mengeluarkan pekerja berpengetahuan (K-Worker).