Berita dan Aktiviti

Pelbagai aktiviti  di dalam program MyGDI di adakan dalam mempromosikan aktiviti atau program berkaitan geospatial kepada pelbagai agensi dan orang awam . Ia juga dapat mempromosikan aktiviti geospatial yang diadakan di Malaysia amnya serta di peringkat antarabangsa seterusnya dapat memperluaskan pengetahuan berkaitan geospatial. Program MyGDI amat menggalakkan penglibatan daripada pelbagai agensi dalam turut serta di dalam pelbagai aktiviti yang di jalankan di bawah program MyGDI dalam memperkasakan penggunaan geospatial di masa hadapan. Bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terkini dan semasa mengenai program MyGDI ruangan "Subscribe for Latest Update" membenarkan pengguna untuk mendaftar  maklumat dan aktiviti terkini lebih mudah dan cepat terus melalui emel rasmi anda.