English Arabic Chinese (Simplified) Hindi

  • Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Soalan Lazim (FAQ)

Senarai dibawah adalah soalan lazim (FAQ) mengikut kategori. Klik pada tajuk untuk lihat senarai soalan.

Clearinghouse adalah struktur repositori fizikal yang mengumpul, menyimpan, dan menyebarkan maklumat, metadata dan data. Ia adalah sistem teragih pelayan yang berlokasi di Internet yang mengandungi keterangan peringkat lapangan bagi data spatial berdigit dan perkhidmatan. Maklumat yang lengkap dengan penerangan terperinci, yang dikenali sebagai metadata, dikumpulkan dalam format yang standard untuk memudahkan proses carian dan paparan yang konsisten dalam pelbagai laman web. Clearinghouse menggunakan teknologi Web terkini bagi kerja-kerja penerbitan dan pencarian sumber maklumat berkaitan geospatial melalui portal clearinghouse.

MyGDI merupakan inisiatif kerajaan bagi program nasional di dalam membangunkan Infrastruktur Data Geospatial ke arah meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan data dengan mempermudahkan capaian dan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi-agensi yang terlibat.

MyGDI sebagai Infrastuktur Data Spatial Negara (NSDI) merupakan infrastruktur data geospatial yang  merangkumi polisi, data, standard, teknologi, R&D dan pembangunan modal insan. Melalui infrastruktur ini satu perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi diwujudkan bagi kemudahan semua pihak di Malaysia dalam berkongsi dan mengambil usaha membangunkan produk-produk berasaskan geospatial secara lebih mudah, cost effective dan cepat.

Metadata adalah ’data mengenai data’.Ia adalah maklumat yang menerangkan mengenai data/maklumat sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan berkenaan data/maklumat tersebut seperti siapa, apa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana (who, what, when, where, why, and how about).

Metadata membolehkan agensi pembekal data menerangkan secara menyeluruh mengenai sesuatu dataset bagi membolehkan pengguna data berkenaan faham mengenai keupayaan dan batasan dan menilai keupayaan sesuatu dataset bagi kegunaan yang dikehendaki oleh mereka. Ia merupakan satu kaedah berstruktur untuk menggambarkan sumber, keadaan, kualiti dan ciri-ciri lain bagi data tersebut. Analogi metadata pada manusia adalah seumpama dokumen pengenalan dirinya. 
 
 
 
 
 
 

Infrastruktur Data Ruang Kebangsaan (NSDI) didefinisikan sebagai teknologi, dasar-dasar dan keperluan rakyat untuk menggalakkan perkongsian data geospatial kepada semua peringkat kerajaan.

  1. Akses ke www.mygeoportal.gov.my
  2. Masukkan ID dan katalaluan.
  3. Klik butang "Login".
  4. Klik " Change Password " untuk menukar kata laluan.
  5. Masukkan kata laluan yang baru di ruang “New Password”.
  6. Masukkan sekali lagi kata laluan baru tadi di ruang “Verify New Password”.
  7. Klik butang “Change Password”.
  8. Apabila butang tersebut telah diklik, mesej “Password Changed” dipaparkan
  9. Anda perlu keluar dari sistem dengan klik butang “Logout” dan Login semula kepada portal 
 
Permohonan data geospatial di MaCGDI hendaklah dibuat melalui ketua jabatan secara surat rasmi yang dialamatkan kepada:
Pengarah,
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) ,
Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62574, Putrajaya.
No Telefon: 03-8886 1111 
No Faks : 03-88894851 
E-mail: 
pd@macgdi.gov.my
Website: http://www.mygeoportal.gov.my
 
Permohonan Agensi Kerajaan /Pelajar
Data Tidak Terhad
  1. Surat pemohonan yang di alamatkan kepada Pengarah, MaCGDI yang menyatakan tujuan permohonan data.
  2. Mengisi Lampiran III dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 (jika data yang diminta akan diberikan kepada Kontraktor/vendor)
  3. Mengisi Lampiran IV dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 bagi pelajar.
 Data Terhad
  1. Surat pemohonan yang di alamatkan kepada Pengarah, MaCGDI yang menyatakan tujuan permohonan data.
  2. Mengisi 2 salinan borang Permohonan Lesen Hak cipta/ Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat PPNM – 1 (Pind. 1/2008)
  3. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  4. Satu salinan kad pengenalan wakil yang mengambil peta.
  5. Mengisi Lampiran III dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 (jika data yang diminta akan diberikan kepada Kontraktor/vendor)
  6. Mengisi Lampiran IV dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 bagi pelajar.
 Data JUPEM
  1. Surat pemohonan yang di alamatkan kepada Pengarah, MaCGDI yang menyatakan tujuan permohonan data.
  2. Satu salinan Lesen Hakcipta Data Ukur dan Pemetaan Berdigit
  3. Mengisi Lampiran III dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 (jika data yang diminta akan diberikan kepada Kontraktor/vendor).
  4. Mengisi Lampiran IV dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 bagi pelajar.
  • Geoinformation for Natural Resources and Environment (G4NRE) merupakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan pegawai-pegawai eksekutif di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Aplikasi G4NRE ini dapat membantu pegawai eksekutif atasan di dalam membuat keputusan/polisi, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penguakuasaan disamping menggalakkan penggunaan teknologi GIS. G4NRE ini menjadi gerbang untuk memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari.
  • Data spatial yang telah dianalisa dipaparkan melalui aplikasi ini mengikut enam (6) teras kementerian iaitu Tanah, Mineral, Air, Biodiversiti, Hutan dan Alam Sekitar .
• Pengguna aplikasi G4NRE boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi ini dilaman http://g4nre.mygeoportal.gov.my (hanya boleh diakses oleh pengguna di dalam jaringan NRE sahaja dan hanya pegawai di NRE sahaja)
• MS 1759:2004 (Maklumat Geografi/Geomatik – Kod Butiran dan Atribut) mengambarkan kaedah pengekodan butiran dan atribut yang dibuat secara nyata. Butiran merupakan objek nyata manakala atribut adalah isi kandungan yang dikumpul daripada butiran tersebut. Dokumen MS1759 ini boleh diperolehi atau dibeli melalui pihak SIRIM.
     Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan bank data yang menyimpan nama-nama geografi, lokasi, sejarah dan notifikasi gazetir yang sah untuk kegunaan kerajaan dan pengguna awam.

  • Aplikasi MyGeoName dibangunkan bagi menyimpan semua pangkalan data nama-nama geografi seluruh negara.
  • Ia diibangunkan untuk memberikan maklumat autoritatif berkaitan lokasi dan ejaan nama-nama geografi yang diwartakan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan, industri dan awam.
UPI merupakan satu pengecaman yang unik bagi lot (petak) tanah atau lebih dikenali sebagai Unique Parcel Identifier (UPI) yang digunakan untuk menentukan lokasi secara fizikal lot-lot tanah yang diberimilik (dilupuskan) oleh Pihak Berkuasa Negeri.
 
Secara ringkasnya, UPI adalah:

  •  Cara pencaman yang unik bagi petak-petak tanah yang diberi milik (dilupuskan) oleh Pihak Berkuasa Negeri;
  • Mengenal pasti secara fizikal petak tanah (lot); dan
  • Menyediakan asas untuk melaksanakan dokumentasi yang seragam di agensi-agensi berkaitan serta memudahkan usaha-usaha system integration and interoperability  antara agensi-agensi.

 

 
 
Struktur UPI dibahagikan kepada :
  • Tanah milik yang telah diukur halus -(Final Title- FT)
  • Tanah milik yang belum diukur halus -(Qualified Titlep- QT)
  • Hakmilik Strata untuk bangunan bertingkat

Struktur Kod Sempadan Pentadbiran Tanah

Struktur Kod Sempadan Pentadbiran Tanah bagi hakmilik tanah yang telah diukur halus (Final Title – FT) adalah seperti berikut :

SEMPADAN

SEMENANJUNG

SABAH

SARAWAK

WP. LABUAN

Negeri

2 aksara – char
(angka sahaja)

2 aksara  - char
(angka sahaja)

2 aksara – char
(angka sahaja)

2 aksara – char
(angka sahaja)

Bahagian/Daerah/
Jajahan

2 aksara – char
(angka sahaja)
(Daerah/Jajahan)

2 aksara – char
(angka sahaja)
(Daerah)

2 aksara – char
(angka sahaja)
(Bahagian)

2 aksara – char
(angka sahaja)

Mukim/Bandar/
Pekan/
Pulau/Kampung/
Land District

2 aksara – char
(angka sahaja)
(Mukim/Bandar/Pekan)

2 aksara – char
(angka sahaja)
 

3 aksara – char
(angka sahaja)
(Land District)

2 aksara – char
(angka sahaja)
(Bandar/Kampung/
Pulau)

Seksyen/Presint

3 aksara  - char
(angka/abjad)

3 aksara  - char
(angka/abjad)

3 aksara  - char
(angka/abjad)

3 aksara  - char
(angka/abjad)

Lot

7 aksara – char
(angka sahaja)

9 aksara – char
(angka sahaja)

5 aksara – char
(angka sahaja)

9 aksara – char
(angka sahaja)

Jumlah

16 aksara

18 aksara

15 aksara

18 aksara

 
 
Penyelarasan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (UPI) berdasarkan rujukan kepada :
 
RUJUKAN KOD
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri
 RUJUKAN NAMA
  • Warta Kerajaan Negeri
  • Pelan Warta
  • Penggunaan Nama Sekarang
UPI menggunakan 5 peringkat Sempadan Pentadbiran Tanah :
  • Negeri
  • Daerah / Jajahan / Bahagian
  • Mukim/Bandar/Pekan Pulau/Kampung/ Land District
  • Seksyen / Presint
  • Nombor Lot
 
Sempadan
Semenanjung
NEGERI
2 aksara (numerik)
BAHAGIAN
-
DAERAH/JAJAHAN
2 aksara (numerik)
MUKIM/BANDAR/PEKAN
2 aksara (numerik)
SEKSYEN
3 aksara (alfa numerik)
JENIS HAKMILIK
-
NOMBOR HAKMILIK
-
LOT
7 aksara (numerik)
 
16 Aksara
Hasil akhir penyelarasan UPI adalah:
 
  • Wujud pengecaman lot tanah yang unik (UPI) bagi Sistem e-Tanah, JUPEM, PTG, JPPH, Sistem Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) – MAMPU dan lain-lain agensi.
 
  • Buku Rujukan Kod & Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (UPI), menggantikan Buku NALISCO yang telah diterbitkan pada tahun 1998.
 
  • Aplikasi UPI dalam laman web MyGeoportal untuk rujukan dan panduan pengguna.
 Secara keseluruhannya pelaksanaan penggunaan kod UPI ini akan memberikan faedah-faedah seperti berikut :
  1. Memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi di dalam dan antara agensi;
  2. Memudahkan perkongsian maklumat geospatial; 
  3. Membantu agensi-agensi dalam pembangunan sistem aplikasi dan; 
  4. Menyediakan panduan untuk melaksanakan dokumentasi yang seragam di semua agensi.
Secara umumnya kod UPI ini akan membantu Agensi Pembekal Data mempunyai satu standard yang dapat memudahkan sistem integrasi dan operasi antara agensi.



PENYELARASAN KOD UPI

Rasional penyelarasan kod UPI antaranya adalah :

  1. Maklumat spatial dan tekstual mengenai petak tanah yang diperolehi daripada pelbagai sumber antaranya Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) di JUPEM dan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di PTG adalah tidak seragam. Ini mengakibatkan maklumat petak tanah yang diperolehi oleh pengguna secara dalam talian (online) sukar diakses dan dianalisis kerana data-data berkenaan menggunakan kod dan nama sempadan pentadbiran tanah yang berbeza.
  2. Memudahkan perkongsian maklumat geospatial dalam pelbagai urusan transaksi petak tanah antaranya permohonan tukar syarat, pecah sempadan, pemberimilikan, pembelian hartanah dan lain-lain.
  3. Membantu pihak agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mewujudkan keadaan fast track bagi membuat keputusan berkaitan urusan-urusan transaksi tanah yang melibatkan pelbagai agensi.
  4. Penyeragaman kod UPI adalah selaras dengan pelaksanaan projek e-Tanah. Ia yang merupakan satu sistem transaksi bagi memudahkan urusan carian hakmilik dan mempercepatkan pembayaran cukai secara dalam talian.
  5. Menyelaras ejaan nama bagi negeri, daerah/jajahan dan mukim/bandar/pekan dan seksyen/presint. Pengesahan ejaan nama merupakan tanggungjawab pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Penggunaan ejaan nama yang seragam amat penting dalam memberikan nama kepada sesuatu tempat supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna.




 
Geoinformation for Executive (G4E) merupakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pegawai-pegawai eksekutif kerajaan di negeri dalam membantu membuat perancangan dan pemantauan yang berkaitan tanah dan sumber asli. Data yang dihasilkan dalam aplikasi ini diambil dari pelbagai tema data yang dibekalkan oleh pelbagai agensi negeri melalui Infrastruktur Data Geospatial Malaysia (MyGDI). Aplikasi G4E hanya boleh dicapai secara atas talian (online) oleh pengguna yang berdaftar di dalam rangkaian negeri sahaja.