Soalan Lazim (FAQ) - FAQ Umum
MyGDI merupakan inisiatif kerajaan bagi program nasional di dalam membangunkan Infrastruktur Data Geospatial ke arah meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan data dengan mempermudahkan capaian dan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi-agensi yang terlibat.
MyGDI sebagai Infrastuktur Data Spatial Negara (NSDI) merupakan infrastruktur data geospatial yang merangkumi polisi, data, standard, teknologi, R&D dan pembangunan modal insan. Melalui infrastruktur ini satu perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi diwujudkan bagi kemudahan semua pihak di Malaysia dalam berkongsi dan mengambil usaha membangunkan produk-produk berasaskan geospatial secara lebih mudah, cost effective dan cepat.
Metadata adalah ’data mengenai data’.Ia adalah maklumat yang menerangkan mengenai data/maklumat sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan berkenaan data/maklumat tersebut seperti siapa, apa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana (who, what, when, where, why, and how about).
Infrastruktur Data Ruang Kebangsaan (NSDI) didefinisikan sebagai teknologi, dasar-dasar dan keperluan rakyat untuk menggalakkan perkongsian data geospatial kepada semua peringkat kerajaan.
- Akses ke www.mygeoportal.gov.my
- Masukkan ID dan katalaluan.
- Klik butang "Login".
- Klik " Change Password " untuk menukar kata laluan.
- Masukkan kata laluan yang baru di ruang “New Password”.
- Masukkan sekali lagi kata laluan baru tadi di ruang “Verify New Password”.
- Klik butang “Change Password”.
- Apabila butang tersebut telah diklik, mesej “Password Changed” dipaparkan
- Anda perlu keluar dari sistem dengan klik butang “Logout” dan Login semula kepada portal
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) ,
Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62574, Putrajaya.
- Surat pemohonan yang di alamatkan kepada Pengarah, MaCGDI yang menyatakan tujuan permohonan data.
- Mengisi Lampiran III dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 (jika data yang diminta akan diberikan kepada Kontraktor/vendor)
- Mengisi Lampiran IV dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 bagi pelajar.
- Surat pemohonan yang di alamatkan kepada Pengarah, MaCGDI yang menyatakan tujuan permohonan data.
- Mengisi 2 salinan borang Permohonan Lesen Hak cipta/ Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat PPNM – 1 (Pind. 1/2008)
- Satu salinan kad pengenalan pemohon
- Satu salinan kad pengenalan wakil yang mengambil peta.
- Mengisi Lampiran III dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 (jika data yang diminta akan diberikan kepada Kontraktor/vendor)
- Mengisi Lampiran IV dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 bagi pelajar.
- Surat pemohonan yang di alamatkan kepada Pengarah, MaCGDI yang menyatakan tujuan permohonan data.
- Satu salinan Lesen Hakcipta Data Ukur dan Pemetaan Berdigit
- Mengisi Lampiran III dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 (jika data yang diminta akan diberikan kepada Kontraktor/vendor).
- Mengisi Lampiran IV dalam Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat 2007 bagi pelajar.
- Geoinformation for Natural Resources and Environment (G4NRE) merupakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan pegawai-pegawai eksekutif di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Aplikasi G4NRE ini dapat membantu pegawai eksekutif atasan di dalam membuat keputusan/polisi, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penguakuasaan disamping menggalakkan penggunaan teknologi GIS. G4NRE ini menjadi gerbang untuk memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari.
- Data spatial yang telah dianalisa dipaparkan melalui aplikasi ini mengikut enam (6) teras kementerian iaitu Tanah, Mineral, Air, Biodiversiti, Hutan dan Alam Sekitar .






