Framework MyGDI

 

Di dalam konteks Malaysia , inisiatif SDI bermula dari peringkat kebangsaan sehingga ke setiap negeri dan tempatan secara berperingkat . Seperti negara lain , selain sumber kewangan dan kemahiran yang komprehensif, pengetahuan dan persetujuan di antara agensi-agensi di dalam pembangunan dataset asas (fundamental dataset) diperlukan untuk memenuhi keperluan bersama. Isu ini biasanya diselesaikan oleh agensi peneraju iaitu MaCGDI. Pada tahun 2009 , MaCGDI telah mengambil inisiatif untuk membangunkan pangkalan data bagi dataset asas (fundamental dataset) dikenali sebagai NGDC dan SGDC .

 

Framework Data adalah merujuk kepada perkongsian dan penyelarasan data di dalam agensi-agensi kerajaan dengan menetapkan fundamental dataset dari National Geospatial Data Centre (NGDC) dan State Geospatial Data Centre (SGDC). Tujuannya adalah untuk mengelakkan pertindihan dalam usaha pengumpulan data di dalam agensi kerajaan. Fokus utama dari Pusat Data Geospatial (GDC) adalah untuk membantu perolehan dan menggalakkan kerjasama yang lebih besar dan penyelarasan dalam penggunaan data geospatial di semua peringkat kerajaan. 

 

Tujuan utama pembangunan pusat data adalah:

 

 Untuk membangunkan Pusat Data Geospatial (GDC) yang terdiri dari dua belas kategori data iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography, Hypsography, Soil, Transportation, Utility, Vegetation, Special Use dan General.

 

 Untuk memperluaskan lagi penggunaan Geocentric Datum Malaysia (GDM2000) sebagai sistem rujukan utama kesemua dataset;

 

 Untuk mewujudkan dataset Seamless merujuk kepada format Geodatabase;

 

 Untuk mengimplimentasikan elemen-elemen Standard Geospatial mengikut MS 1759 : 2004 – Features and Attribute Codes, MS ISO 19115 : 2003 – Metadata, Unique Parcel Identifier (UPI), MS 2256 : 2009 – Guideline for the Determination of Geographic Names.

 

 Untuk bertindak sebagai layer data asas yang akan digunakan oleh badan-badan kerajaan dan industri GIS dalam membangunkan pelbagai aplikasi GIS.

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai:

 Inisiatif Geospatial

 Inisiatif SDI Antarabangsa

 

Rajah 1: Framework Data

 

Rajah 2: Illustrasi Pembangunan SDI di Malaysia

 

 

Rajah 3: Kedudukan MyGDI Dalam Hirarki Infrastruktur Data Geospatial (SDI)