Latihan MyGDI

 

Kami menawarkan Latihan Aplikasi MyGDI kepada agensi-agensi kerajaan yang berminat di dalam bidang GIS amnya yang mana objektif penganjuran latihan ini adalah untuk memberi kefahaman kepada agensi kerajaan mengenai aplikasi dan perkembangan GIS di Malaysia dan antarabangsa. Taklimat Aplikasi MyGDI merupakan salah satu aktiviti latihan yang dijalankan setiap bulan. Selain itu, agensi kerajaan juga boleh membuat permohonan di laman web INSTUN bagi mereka yang ingin mengikuti kursus-kursus GIS yang tidak ditawarkan oleh pihak kami.

 Hubungi Kami


 
Objektif Latihan Aplikasi MyGDI di jalankan adalah : 

 Untuk memberi pengetahuan asas berkenaan GIS kepada pegawai di sektor kerajaan

 Untuk mendedahkan peranan dan kepentingan MyGDI kepada pegawai di sektor kerajaan

 Untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penggunaan data geospatial 

 Untuk menyeragamkan penggunaan data geospatial melalui penggubalan polisi dan standard

 

Aktiviti Kursus

 Ceramah

 Kuiz / Borang Soal Selidik

 Latihan Hands On

 

Kumpulan Sasaran

Pegawai- pegawai kerajaan di Gred 17 dan ke atas yang ingin mendapatkan pengetahuan asas berkenaan GIS atau terlibat dalam kerja-kerja pembangunan GIS di Kerajaan Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan