Mengenai MaCGDI

 

 
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) telah dilulus penubuhannya bagi menggantikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah / National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). Bagi menentukan keberkesanan pembangunan dan pelaksanaan MyGDI di semua peringkat, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastucture (MaCGDI) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2002 dan dipertanggungjawabkan dalam mengurus pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Infrastuktur Data Geospatial Kebangsaan(NSDI) serta  menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta dan awam.
 
                 Hubungi kami untuk maklumat lanjut
                 Papar carta organisasi
 
Objektif MaCGDI:
 

 Menyediakan mekanisme/infratruktur bagi membantu penggunaan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna dengan menggunakan teknologi maklumat yang mutakhir. Maklumat-maklumat yang disalurkan merupakan maklumat yang terkini lagi tepat dan boleh dipercayai.

 Mengelakkan pembaziran dari usaha-usaha bertindih dalam pengutipan, pemrosesan, penyenggaraan, penyediaan dan pengedaran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penjagaan maklumat geospatial.

 

Fungsi MaCGDI:

 

 Menjadi penasihat kepada sektor awam dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar bagi urusan data geospatial;

 Bertindak sebagai badan penyelaras bagi pembangunan data geospatial dan standard maklumat geografi / geomatik;

 Bertindak sebagai pusat penyebaran maklumat geospatial negara;

 Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan pakar runding berkaitan pembangunan dan penggunaan data geospatial;

 Membangun dan menyelaras aktiviti-aktiviti Clearinghouse MyGDI;

 Merancang dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS);

 Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosikan MyGDI ke seluruh negara dan menggalakkan penggunaannya;

 Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi GIS; dan

 Mewakili sektor awam dalam forum dan mesyuarat berkaitan data geospatial di peringkat antarabangsa.

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai:

 Tonton Video (Mengenai MaCGDI)

 Layari Galeri Aktiviti MyGDI