Kunjungan Hormat Menteri Tanah Republik Rakyat Bangladesh

Date: 
Thursday, August 3, 2017

Pada 3 Ogos 2017 yang lalu, YB Dato’ Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menerima kunjungan hormat oleh YBhg. Encik Shamsur Rahman Sherif, Menteri Tanah Republik Rakyat Bangladesh. Kunjungan hormat Menteri Tanah Republik Rakyat Bangladesh ini turut disertai oleh delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi pengurusan Kementerian tersebut.

 

Susulan daripada sesi kunjungan hormat ini juga, satu sesi pembentangan berkenaan pengurusan organisasi dan tanah di Malaysia telah diadakan kepada delegasi Bangladesh yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Che Roslan bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (SKPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Hadir sama, beberapa orang pegawai pengurusan NRE terdiri dari Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP) selaku urus setia, JKPTG, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) serta Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI).

 

Wakil-wakil dari Jabatan dan Bahagian telah membentangan berkaitan pengurusan organisasi dan tanah di Jabatan dan Bahagian masing-masing. MaCGDI sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) telah membentangkan berkaitan Program MyGDI serta aplikasi yang telah dibangunkan berkaitan maklumat tanah di Malaysia. Pihak delegasi Bangladesh menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan sesi pembentangan yang telah diadakan serta mengagumi teknologi geospatial yang telah dibangunkan di Malaysia. Mereka turut mengalu-alukan kunjungan balas delegasi NRE ke Bangladesh di masa akan datang.

 

Kunjungan hormat sebegini diharap dapat memberi peluang kepada MaCGDI melalui NRE untuk mempromosikan program dan aktiviti MyGDI kepada delegasi luar negara serta meningkatkan hubungan baik kedua-dua buah negara. Di akhir kunjungan, sesi fotografi bersama dan penyampaian cenderamata oleh NRE kepada pihak delegasi telah diadakan sebagai tanda kenangan.

 

Klik di sini untuk Galeri Gambar.

Category: 
Year: