Taklimat Stakeholder Engagement Berkaitan Polisi, Tadbir Urus dan Perundangan Bagi Pembangunan Pelan Induk Geospatial Negara (NGMP) Kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia

Date: 
Wednesday, July 19, 2017

KUALA LUMPUR – Pada 19 Julai 2017, MaCGDI, NRE telah berkunjung ke Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bagi menyampaikan taklimat lanjutan stakeholder engagement berkaitan polisi, tadbir urus dan perundangan bagi pembangunan Pelan Induk Geospatial Negara (NGMP) kepada KKR.

 

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Encik Jayamohan M. Thamalingam, Timbalan Setiausaha Bahagian II, Bahagian Perancang Jalan, KKR manakala pasukan MaCGDI telah diketuai oleh Sr Haji Ahmad Akhir bin Tompang, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Polisi dan Standard, MaCGDI. Taklimat ini adalah merupakan lanjutan daripada sesi stakeholder engagement yang pernah diadakan kepada semua pemegang taruh NGMP pada awal tahun ini.

 

Pegawai-pegawai MaCGDI turut berpeluang membentangkan mengenai aplikasi MyGDI Explorer, 1Malaysia Map dan aplikasi MyGOS kepada semua yang hadir. Sesi taklimat ini telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk memahami dengan lebih jelas berkaitan NGMP yang sedang dibangunkan. Tambahan pula, KKR merupakan salah satu Kementerian yang menjadi agensi tunjak program MyGDI dan pemegang taruh utama dalam pembangunan NGMP.  

 

Pihak MaCGDI berharap agar objektif taklimat ini telah tercapai dan pihak KKR berpuas hati dengan maklumat yang telah disampaikan. Di akhir sesi taklimat, Encik Jayamohan mewakili pihak KKR mengucapkan terima kasih kepada MaCGDI dengan usaha yang telah dilaksanakan dan berharap ianya akan memberi manfaat kepada Kerajaan dan rakyat di masa hadapan. 

 

Klik di sini untuk Galeri Gambar.

Category: 
Year: