Current Style: Standard
JPMK
Jawatankuasa Penyelarasan MyGDI Kebangsaan (JPMK)
JPMK bertanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia dalam :
- Menetapkan dasar dan garis panduan bagi pembangunan dan pelaksanaan MyGDI
- Menubuhkan jawatankuasa kerja yang diperlukan dari semasa ke semasa.
- Menyelaras dan memantau pembangunan dan pelaksanaan MyGDI melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan melalui JPMK.
- Memastikan keperluan sumber kewangan, tenaga manusia serta teknologi disediakan bagi aktiviti MyGDI.
Keanggotaan:
Pengerusi: Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Timbalan Pengerusi : Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Setiausaha: Pengarah Pusat Intrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
Keahlian:
- Agensi-agensi pusat yang terlibat iaitu Perbendaharaan Malaysia, MAMPU, EPU dan ICU
- Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan
- Semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Negeri dan Wilayah Persekutuan.
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI
- Lain-lain ketua agensi yang dicadangkan dari masa ke semasa.
Urus Setia: Pusat Intrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)






