Polisi dan Garis Panduan MyGDI
- Data Custodianship
- Harga Data Digital
| 1 | Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1997 |
| Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memberi panduan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-penguasa Tempatan berhubung dengan penubuhan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah/National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). | |
| 2 | Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2001 |
| Surat pekeliling ini bertujuan menyediakan panduan mengenai data custodianship sebagai kaedah bagi memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan dan penyenggaraan data berkaitan tanah di kalangan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan Infrastruktur Kebangsaan Bagi Sistem Maklumat Tanah [National Infrastructure for Land Information System (NaLIS)]. | |
| 3 | Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2005 |
| Surat Pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan mengenai tatacara penentuan harga data bagi penyebaran data geospatial dalam pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara [Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI)]. Dengan adanya Surat Pekeliling ini, ia akan membantu agensi-agensi menentukan kadar harga bagi setiap produk yang dihasilkan. | |
| 4 | Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2006 |
| Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-Penguasa Tempatan berhubung dengan pembangunan dan pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Infrastruktur Kebangsaan Bagi Maklumat Tanah / National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). | |
| 5 | Pindaan Pertama Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) |
| Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-Penguasa Tempatan berhubung dengan pindaan kepada Struktur Pengurusan MyGDI (Lampiran ‘A’) di dalam Panduan Bagi Pembangunan Dan Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara di bawah Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2006. Pindaan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI (JTFM) Bil. 2/2006 pada 27 November 2006 dan kemudiannya disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil. 1/2006 pada 14 Disember 2006. Ia menjadi satu keperluan dalam memantap dan memperkemaskan jawatankuasa-jawatankuasa MyGDI diperingkat negeri/wilayah persekutuan dan kebangsaan. | |
| 6 | Surat Pekelililing Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2008 |
|
Surat pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan custodianship bagi data geospatial sebagai kaedah bagi memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan dan penyenggaraan data geospatial di kalangan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). |
|
| 7 | Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Geospatial Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2009 |
| Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memaklumkan jabatan / agensi kerajaan mengenai pembangunan dan pelaksanaan Pusat Data Geospatial / Geospatial Data Centre (GDC) di peringkat Kebangsaan, Wilayah, Negeri dan Tempatan. Ia telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI (JTFM) Bil.1/2009 pada 24 Mac 2009 dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil.1/2009 pada 12 Jun 2009. | |
| 8 | Surat Pekeliling Pelaksanaan Bilangan 1 Tahun 2012-Garis Panduan Perkongsian Dan Penyebaran Maklumat Geospatial Melalui Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) |
| Surat pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan bagi perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial melalui Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) kepada agensi-agensi kerajaan. Garis panduan ini menjelaskan bagaimana perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial boleh dilakukan dalam usaha mengelakkan pertindihan dalam kutipan data dan mengoptimumkan penggunaannya. |






