MaCGDI vs MyGDI

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) telah dilulus penubuhannya bagi menggantikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah / National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). Bagi menentukan keberkesanan pembangunan dan pelaksanaan MyGDI di semua peringkat, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastucture (MaCGDI) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2002 dan dipertanggungjawabkan dalam mengurus pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Infrastuktur Data Geospatial Kebangsaan(NSDI) serta  menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agenasi kerajaan, swasta dan awam 

 Sejarah MaCGDI 

 Visi dan Misi

 

Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan infrastruktur data geospatial bagi meningkatkan kesedaran mengenai ketersediaan data dan meningkatkan akses kepada maklumat geospatial. Ini boleh dicapai melalui strategi perkongsian data geospatial secara pintar di kalangan agensi pembekal data yang terlibat. MyGDI, sebagai Infrastruktur Data Spatial Kebangsaan (NSDI) untuk Malaysia, ialah infrastruktur data geospatial yang terdiri daripada dasar/polisi, standard, penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran modal insan.

 Latar Belakang dan Evolusi

 Inisiatif MyGDI

 Objektif MyGDI