Modul Download merupakan salah satu modul dalam aplikasi MyGDI Explorer versi lama yang dibangunkan untuk memberi kemudahan carian dan muat turun data geospatial secara online kepada pengguna. Modul Download data ini hanya boleh dicapai oleh pengguna yang berdaftar dan dibenarkan untuk muat turun data secara online. ID Pengguna dan Kata Laluan diperlukan sebelum pengguna boleh muat turun data tersebut.
Aplikasi ini dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat carian data geospatial serta muat turun data yang diperlukan secara online . Pengguna hanya perlu melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Data-data geospatial yang boleh dimuat turun adalah bergantung kepada polisi perkongsian dan harga data yang telah ditentukan oleh Agensi Pembekal Data MyGDI.
Buat masa ini, proses muat turun melalui modul ini hanya untuk pengguna dari sektor kerajaan dan institut pengajian tinggi. Ini adalah polisi perkongsian data geospatial bagi pengguna tersebut adalah percuma melalui MyGDI. Bagi pengguna dari sektor awam dan swasta, data geospatial adalah berbayar. Pada masa ini, pihak MaCGDI tidak dapat menyediakan kemudahan perkhidmatan bayaran secara online kepada pengguna dari sektor awam dan swasta. Selain itu, permohonan muat turun data secara atas talian hanya boleh dijalankan bagi data-data dalam simpanan MaCGDI dan boleh dikongsi oleh agensi pembekal data secara percuma. Bagi data-data yang tiada dalam simpanan, pemohon hendaklah mendapatkan data tersebut terus dari agensi yang membekal data berdasarkan maklumat dalam metadata.
Bagi pengguna kerajaan dan institut pengajian tinggi yang ingin mendapatkan data secara
online, carian melalui aplikasi MyGDI Explorer perlu dibuat
di sini.
Maklumat berkenaan sesuatu data dari segi format, harga, jenis, alamat pembekal data dan abstrak akan dipaparkan dalam metadata. Jika pengguna berminat untuk mendapatkan data tersebut, pengguna perlu menghantar surat permohonan secara rasmi kepada Pengarah MaCGDI. Jika permohonan diluluskan, pengguna tersebut akan dimaklumkan dan diberi kebenaran untuk muat turun data melalui Modul Download
di sini.