English Arabic Chinese (Simplified) Hindi

  • Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Apa itu GDI?

Infrastruktur Data Geospatial (GDI) merupakan satu inisiatif bertujuan mewujudkan satu persekitaran di mana stakeholders bekerjasama antara satu sama lain menggunakan teknologi terkini bagi mencapai objektif masin-masing secara lebih efektif dan berkesan. Evolusi GDI di peringkat global yang semakin meningkat adalah tindakbalas dari wujudnya keperluan kerjasama antara pengguna dengan pembekal data bagi dalam berkongsi dan membangunkan maklumat geospatial masing-masing. Objektif utama inisiatif tersebut menjurus kepada matlamat yang sama iaitu ke arah pembangunan ekonomi yang mapan, kerajaan yang lebih cekap dan pengurusan alam sekitar yang lestari.
 
Pada masa ini pembangunan GDI melibatkan lebih separuh dari negara yang ada di serata dunia dengan pelbagai kaedah, model kemajuan yang berbeza. Evolusi GDI telah bermula sejak 1980an di mana perbincangan-perbincangan berkenaan infrastruktur,infrastruktur maklumat dan lebuhraya maklumat rancak diperkatakan. Di Amerika misalnya, konsep SDI Kebangsaan pada asalnya bermula dalam komuniti pendidikan sekitar tahun 1989. Ini membawa kepada pengujudan  Federal Geographic Data Committee (FGDC) pada tahun 1990. Pada awal tahun 1990an  FGDC mula membangunkan strategi koordinasi, standards dan best practices dengan tujuan membangunkan satu  "pusat sumber data geospatial nasional". Agenda The National Infromation Infrastructure (NII) telah diusulkan oleh Presiden Bill Clinton pada tahun 1993 diikuti oleh arahan  Executive Order 12096 pada April 1994. Untuk membaca lebih lanjut mengenai perkara ini sila klik di sini
 
Inisiatif GDI di Malaysia adalah melalui pembangunan projek MyGDI. Untuk melihat inisiatif SDI di negara-negara lain, sila klik pautan ke lain-lain inisiatif NSDI , atau klik pada pautan di senaraikan di bawah untuk contoh NSDI yang telah dibangunkan di negara-negara lain:
 
 
    USA NSDI : FGDC 1990, USA SDI Portal
    AUSTRALIA : ASDI 1986, WALIS Portal
    INSPIRE
    CANADA : CGDI 1996, CGDI
    QATAR NGIS 1990
    PORTUGAL SNIG 1990,
    NETHERLANDS NGII 1992
    INDIA NSDI
    KOREA NGIS 1995, 
    JAPAN NSDI 1995,