Berkolaborasi & Kongsi Peta

 

Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) merupakan platform perkongsian maklumat geospatial bagi agensi kerajaan khususnya dan platform bagi memudahkan perkongsian peta, data, aplikasi dan maklumat-maklumat lain secara atas talian kepada pengguna tertentu. Pengguna boleh menerbitkan peta dengan menggunakan data-data dalam format csv/txt, shape file atau melalui perkongsian map services di agensi sendiri. Aplikasi dan peta yang dijana menggunakan platform MyGOS ini menyokong paparan di atas pelbagai peranti (Desktop, tablet dan telefon pintar) dan pelbagai browser.

 

Berikut adalah objektif pelaksanaan MyGOS:-

  • Membantu agensi kerajaan yang tiada kemudahan infrastruktur seperti perisian GIS dan server ;
  • Menggalakkan perkongsian dan penggunaan maklumat geospatial;
  • Membolehkan pengguna yang tiada pengetahuan GIS menggunakan maklumat geospatial dengan mudah tanpa memerlukan perisian Desktop GIS;
  • Menyumbang kepada penjimatan kos perolehan perkakasan dan perisian GIS oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat;
  • Sebagai platform untuk berkongsi  maklumat secara atas talian dalam persekitaran yang selamat.

Antara emelen atau kefungsian yang terdapat di dalam MyGOS adalah sepertimana berikut :

 

Mencipta Peta Web (Web Map)

Melalui MyGOS, anda boleh mencipta peta dengan mudah dan cepat dengan menggabungkan data anda dengan data sedia ada di MyGOS, menggunakan basemap yang berkualiti tinggi termasuk jalan, peta topografi, imageri dan peta demografi. Anda juga boleh mengakses pelbagai lapisan peta yang dikongsi oleh pengguna atau agensi kerajaan dan digabungkan bersama data anda menjadi satu peta yang berguna. 

 

Kolaborasi dan Berkongsi

Membolehkan anda berinteraksi dengan data agensi dengan lebih mudah seterusnya boleh berkongsi kandungan anda dengan kumpulan yang khusus atau berkongsi data dengan umum. Boleh juga pautkan peta anda dengan laman web, aplikasi, blog dan juga media sosial. 

 

Aplikasi Sedia Guna

Melalui MyGOS ianya membolehkan anda membangunkan aplikasi yang mesra platform, browser, telefon pintar dan tablet menggunakan templat yang telah tersedia untuk digunakan.

 

Collector for ArcGIS

Anda juga boleh meningkatkan kecekapan dalam aktiviti kerja di lapangan dalam memastikan ketepatan data GIS anda. Menggunakan paltform MyGOS membolehkan anda kumpul data di dalam peta dari mana anda berada samada anda berada dalam kawasan yang liputan internet mahupun offline. Collector for ArcGIS boleh didapati di dalam peranti Android dan juga iOS.  

 

Operation Dashboard

Anda boleh memantau data masa nyata mengikut operasi harian dan fokus projek anda selain boleh menyediakan dashboard untuk pegawai tertinggi yang mengandungi peta, carta dan graf yang boleh dipaparkan di Desktop dan juga tablet. 

 

Web Apps and Story Maps Templates

MyGOS menyediakan pelbagai template yang mudah digunakan dan bersesuaian dengan peta anda tanpa ilmu pengaturcaraan bagi membangunkan aplikasi. 

 

Powerful Analysis Tools

MyGOS memberikan anda kemudahan untuk capaian kepada peralatan analisis GIS dan boleh digunakan untuk peta dan aplikasi anda.  

 

Analisis Spatial

MyGOS memudahkan anda dalam mengenalpasti bentuk atau paten data untuk dipersembahkan kepada satu maklumat yang baru. Contohnya, dapat mengenalpasti titik panas pengguna sasaran, mengenalpasti lokasi perniagaan baru hasil daripada perhubungan atau rumusan data yang berhubung antara data GIS anda di atas peta.

 

Geocoding and Place Search

MyGOS membolehkan anda menterjemahkan alamat, poskod kepada koordinat x,y. 

 

Keselamatan

MyGOS membenarkan anda mengawal perkongsian peta, aplikasi dan data samada kepada awam, kumpulan khusus atau simpanan sendiri bagi memastikan keselamatan data kepada pengguna tertentu. 

 

 

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai:

 Khidmat Runding Agensi yang menggunakan MyGOS

 Manual Pengguna MyGOS

 Galeri Peta