Katalog Metadata (MyGDI Explorer)

 

 

MyGDI Explorer adalah katalog metadata yang membolehkan pengguna untuk meneroka, mencari, melihat dan menilai data geospatial di mana sahaja dan pada bila-bila masa. MyGDI Explorer memudahkan capaian kepada maklumat geospatial, menggalakkan integrasi yang lebih baik, dan mengelakkan pertindihan usaha serta menggalakkan perkongsian maklumat geospatial di antara pengguna dan agensi-agensi  di Malaysia .
 

MyGDI Explorer mengandungi rekod-rekod yang menerangkan kandungan bahan dan maklumat serta bagaimana untuk mengakses maklumat tersebut. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk mencari sumber GIS, melihat keterangan dan membuat penilaian terhadap rekod metadata yang dipaparkan hasil dari carian mereka. MyGDI Explorer boleh ditakrifkan sebagai medium penyebaran maklumat geospatial yang menghubungkan pembekal-pembekal data dengan pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. Ia menghubungkan pembekal data dengan pengguna maklumat geospatial melalui internet. Peningkatan ketersediaan data yang melibatkan pelbagai sumber yang berbeza menjadikan teknologi GIS lebih berguna dan diterima pakai secara meluas. Maklumat yang diterbitkan di dalam metadata oleh pembekal data membolehkan pengguna untuk mencari data yang diperlukan.

 

Carian Maklumat Geospatial

Melalui MyGDI Explorer, penerokaan data dapat dicapai dengan melalui enjin carian, yang menyediakan satu antara muka di mana pengguna boleh membuat carian melalui queries. Terdapat lima (5) jenis  pilihan carian boleh digunakan oleh pengguna semasa membuat carian maklumat geospatial. Jenis carian seperti berikut :

 Kawasan geografi liputan atau nama tempat

 Kata Kunci

 Jenis-jenis data 

 Kategori-kategori data

 Tarikh (kemaskini data atau tempoh masa)

 

Dengan menggunakan jenis carian ini, pengguna dapat melihat paparan metadata mengikut kaedah yang dipilih dan maklumat metadata tersebut dapat dipaparkan dengan pantas. Berdasarkan maklumat metadata tersebut, pengguna dapat membuat penilaian awal kesesuaian data tersebut sama ada memenuhi keperluan pengguna atau sebaliknya. 

 

Jika pengguna berminat untuk mendapatkan maklumat tersebut, pengguna perlu menghantar surat permohonan data secara rasmi kepada Pengarah MaCGDI. 

 

 Senarai Data Bagi Tujuan Perkongsian

 Kaedah Permohonan Data Melalui MyGDI

 

Hasil Carian
Apabila permintaan carian dikemukakan, pengguna akan dipaparkan dengan hasil yang mengandungi tajuk sumber geospatial (judul metadata) bersama-sama dengan tahap geografinya. Tajuk metadata mengandungi abstrak yang menggambarkan sumber secara umum dan menghubungkan kepada peta secara atas talian. Selepas itu, satu senarai metadata dipaparkan di mana butiran metadata boleh dinilai secara terus. Pada metadata halaman butiran, pengguna boleh melihat peta, menggunakan serta muat turun data jika ada.

 

MyGDIX Viewer

Aplikasi MyGDIX Viewer dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencapai data raster dan vektor pada satu paparan yang interaktif melalui servis. Aplikasi ini dibangunkan untuk menyokong aplikasi MyGDI Explorer di mana pengguna boleh melihat map service sekiranya URL disertakan di dalam metadata. Pengguna boleh melihat beberapa servis yang disediakan dan boleh di overlay di dalam aplikasi ini.

 

Menjadi Ahli / Pembekal Metadata

Melalui MyGDI Explorer, pengguna boleh membuat pendaftaran di sini bagi membolehkan mereka mengakses maklumat geospatial yang disediakan di Katalog Metadata secara lebih terperinci dan seterusnya anda juga boleh menjadi Penerbit Metadata (Metadata Publisher) bagi menyumbang metadata. Pembekal Metadata (metadata publisher) adalah pembekal maklumat geospatial yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga pengguna awam. Setiap pembekal metadata yang ingin memaparkan metadata melalui MyGDI Explorer perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebagai Pembekal Metadata. Setelah mendaftar, pembekal metadata hendaklah menghubungi MyGeoportal Administrator untuk meminta persetujuan menjadi pembekal kandungan metadata. Sebagai alternatif dokumen metadata yang menggunakan piawaian metadata yang dikenali serta mematuhi piawaian ISO 19139 (implementasi XML bagi metadata) boleh terus dimuat-naik ke dalam sistem. Dengan ini, metadata tidak perlu lagi di isi semula secara dalam talian ke dalam sistem kerana kebanyakan perisian GIS masa kini di datangkan dengan penyunting metadata. Bagi pengguna biasa tidak memerlukan pendaftaran jika ingin melayari MyGDI Explorer untuk membuat carian maklumat geospatial. Di bawah ini merupakan manual sebagai rujukan kepada MyGDI Explorer.

 Bagaimana untuk daftar ke MyGDI Explorer

 Manual Penggunaan MyGDI Explorer

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai :

 

 MyGDI Metadata Standard