Carian Kod Fitur dan Atribut (MS1759)

MS 1759:2015   , Maklumat Geografi/Geomatik – Kod Butiran dan Atribut MS 1759:2015 mengambarkan kaedah pengekodan butiran dan atribut yang dibuat secara nyata. Butiran merupakan objek nyata manakala atribut adalah isi kandungan yang dikumpul daripada butiran tersebut. Dokumen MS1759 ini boleh diperolehi atau dibeli melalui pihak SIRIM
 
MS 1759 dibangunkan bagi tujuan memudahkan pertukaran data geospatial untuk digunapakai oleh agensi-agensi yang menyediakan, membekalkan dan menggunakan data geospatial. Ia menetapkan kaedah bagi pengekodan data geospatial dan menyediakan deskripsi fitur dan atribut yang berkaitan bagi pertukaran data geospatial untuk pelbagai aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS).
 
 
 
Kod Butiran dan Atribut (MS1759) menyediakan speksifikasi di mana pembekal data dan pengguna boleh saling bertukar data digital spatial. Ini akan mengurangkan kemungkinan pertindihan atau duplikasi dalam usaha membangunkan pangkalan data. Dalam MS 1759:2004, terdapat 12 kategori butiran iaitu: 
 
1.      A =  Aeronautical
2.      B =  Built Environment
3.      D =  Demarcation
4.      G =  Geology
5.      H =  Hydrography
6.      R =  Hypsography
7.      S =  Soil
8.      T =  Transportation
9.      U =  Utility
10.   V =  Vegetation
11.   =  Special Use
12.   Z =  General

 

Enjin Carian MS1759 ini membolehkan pencarian dibuat secara online bagi kod-kod butiran dan atribut yang betul untuk digunapakai didalam penyediaan data geospatial. Sistem yang dibangunkan ini membolehkan pengguna membuat carian dengan menggunakan kategori dan kata-kunci. Hasil carian akan memaparkan Kod Butiran, Nama Butiran, Penerangan Butiran, Kod Atribut dan Nama Atribut. 

 

    

MS1759 Brosur (Klik untuk Pembesaran)