English Arabic Chinese (Simplified) Hindi

  • Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Pusat Data Geospatial(GDC)

NGDC

National Geospatial Data Centre (NGDC) merupakan satu projek pembangunan fundamental dataset kebangsaan yang telah dilaksanakan oleh MaCGDI bermula pada bulan April 2009 dan berakhir pada bulan Disember 2009 di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Sebanyak 10 kategori data mengikut MS 1759 : 2004 – Features and Attribute Codes telah dibangunkan dalam projek NGDC ini iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography, Hypsography, Soil, Transportation, Vegetation dan Utility.

SGDC

State Geospatial Data Centre (SGDC) merupakan satu projek pembangunan fundamental dataset negeri yang telah dilaksanakan oleh MaCGDI secara berperingkat dengan mengikut negeri bermula pada bulan Mei 2009 sehingga bulan November 2010. Projek SGDC ini melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka, Kelantan, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis. Kategori data yang telah dibangunkan adalah mengikut keperluan negeri masing-masing yang meliputi 12 kategori data yang utama dalam MS 1759 : 2004 – Features and Attribute Codes iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography, Hypsography, Soil, Transportation, Vegetation, Utility, Special Use dan General