Berkongsi Lokasi Tempat Menarik Anda - 1 Malaysia Map

 

1Malaysia Map adalah aplikasi yang telah dibangunkan khusus untuk pengguna awam. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memberi kefahaman kepada pengguna awam berkenaan GIS. Pengguna awam boleh membuat carian tempat-tempat tumpuan seperti kedai, stesen minyak, hotel, bank, pasar dan sebagainya, membuat capaian ke data imagery dan vektor dari BING serta membuat carian interaktif melalui aplikasi ini.

 
 
 
1Malaysia Map dibangunkan dengan menggunakan ArcGIS Viewer for Flex; aplikasi sedia-guna yang dibina dengan ArcGIS API for Flex. Aplikasi tersebut disediakan oleh ESRI untuk membina aplikasi berteraskan pemetaan GIS tanpa memerlukan pengaturcaraan yang kompleks. 1Malaysia Map direkabentuk untuk berfungsi dengan ArcGIS Server dan ArcGIS Online Web ServicesKlik disini untuk mengakses aplikasi ini.  
 
 

Kefungsian dalam 1Malaysia Map adalah berasaskan kepada model extensible widget. Widget merupakan blok kod yang tidak bergantung kepada blok kod yang lain yang setiap satunya memberikan fungsi mengikut modul tersendiri serta boleh ditambah atau dibuang secara mudah dalam aplikasi mengikut keperluan. Terdapat dua belas (12) lapisan data tempat-tempat tumpuan (POI) dalam 1Malaysia Map iaitu Tempat Ibadah, Stesen Minyak, Penginapan, Bank, Institiusi Pendidikan, Tempat Rekreasi, Pelancongan dan Destinasi Percutian, Kecemasan, Kedai Runcit dan Outlet, Bangunan Pejabat dan juga lapisan tambahan dari agensi.

 

Fungsi Utama

 Tambah, kemaskini, hapus, papar dan carian lokasi menarik. 

  • Tempat Ibadah
  • Stesen Minyak
  • Pendidikan
  • Pelancongan dan Destinasi Percutian
  • Tempat Rekreasi
  • Penginapan
  • Bank 
  • Kecemasan
  • Kedai Runcit dan Outlet
  • Bangunan Pejabat

 Pengukuran dan melukis titik, garisan atau poligon di dalam peta dan simpan

 Menyokong pelbagai pilihan basemap seperti Bing dan OpenStreetMap

 Menambah dan menindih pautan KML di dalam peta

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai :

 Manual Pengguna 1Malaysia Map