Carian Nama Geografi (MyGeoName)

Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan bank data yang menyimpan nama, lokasi, sejarah entiti geografi yang sah untuk kegunaan kerajaan dan pengguna awam. Maklumat ini dipaparkan di dalam dokumen gazetir dan disenaraikan secara turutan abjad.

 

Aplikasi MyGeoName dibangunkan bagi menyimpan semua pangkalan data nama-nama geografi seluruh negara. Ia diibangunkan untuk memberikan maklumat autoritatif berkaitan lokasi dan ejaan nama-nama geografi yang diwartakan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan, industri dan awam.

Rajah 1: Paparan aplikasi MyGeoName

 

Faedah pembangunan PDNG:
 
 Penggunaan secara tekal nama yang tepat bagi tempat merupakan perkara penting untuk komunikasi yang berkesan;
 Membantu pembangunan sosio-ekonomi, pemuliharaan dan pembentukan prasarana negara;
 Memudahkan pencarian pelbagai komuniti dengan mewujudkan penggunaan yang tekal bagi nama geografi;
 Mengenal pasti dan menyerlahkan budaya, warisan, landskap dan memberi manfaat kepada sistem komunikasi, perdagangan, perniagaan, pelancongan,kadaster,hakmilik tanah, perangkaan, dan sebagainya;
 Memelihara kekayaan warisan sejarah.
 

Bagi melancarkan proses pembangunan pangkalan data nama geografi, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) yang diluluskan oleh kabinet pada 11 September 2002. JKNG kemudiannya menubuhkan Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) pada 11 Mac 2003 yang dipengerusikan oleh Pengarah MaCGDI. JKNG telah menerbitkan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi pada tahun 2005 dan telah menjadi Malaysian Standard MS 2256: 2009 Geographic Information-Guidelines for the Determination of Geographical Names pada tahun 2009.  

Rajah 2: Struktur Organisasi Jawatankuasa Nama Geografi

 


Anda boleh mengetahu lebih lanjut mengenai:

 Standardisasi Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique Parcel Identifier (UPI)

 Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics – Feature and Atribute Codes (MS1759:2004)

 Malaysian Metadata Standard (MMS)

 Standardisasi Nama Geografi dalam Pangkalan Nama Geografi & Gazetir Kebangsaan (PDNG)

 Pembangunan Standard