Permohonan Data Melalui MyGDI

Pada masa ini polisi perkongsian data geospatial melalui program MyGDI adalah percuma bagi Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan (G2G)Sekiranya anda berminat untuk memperolehi maklumat geospatial secara terperinci bolehlah melayari Katalog Metadata Geospatial atau MyGDI Explorer dengan melayari aplikasi ini dapat membantu anda untuk mendapatkan info lanjut maklumat geospatial yang dipilih. Senarai data sedia ada yang boleh di dapati melalui MyGDI bagi tujuan perkongsian G2G boleh di lihat di sini
 
                               Senarai Data Bagi Tujuan Perkongsian
 
 

Prosedur Pemohonan Data Geospatial

 

1.    Alamat Permohonan kepada Pengarah MaCGDI. Rujuk sini untuk Contoh Surat Permohonan daripada Agensi Kerajaan

       

       Pengarah

       Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),

       Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE),

       Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana,

      Presint 4, 62574, Putrajaya

 

2.    Surat asal (hardcopy) hendaklah dihantar ke pejabat MaCGDI dan salinan boleh  dihantar melalui emel kepada pd@macgdi.gov.my atau faks ke 03-8889 4851.
 
3.    Surat permohonan hendaklah menepati dan mempunyai maklumat berikut:
1.Letterhead Agensi/Jabatan/Universiti
2.Alamat Kepada
3.Tujuan Pemohonan
4.Data yang dipohon dan kawasan litupan
5.Maklumat Hubungan
6.Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan
 

4.    Pegawai MaCGDI akan menghubungi pemohon berdasarkan maklumat  hubungan di dalam surat permohonan. Maklumat tambahan akan dimaklumkan  kepada pemohon di dalam proses ini.

 
5.    Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja bergantung kepada  ketersediaan data dalam simpanan MaCGDI dan dokumen sokongan  permohonan.
 
6.    Pemohon hendaklah membuat penilaian bagi setiap permohonan yang telah  selesai menggunakan borang Penilaian Perkongsian Data yang disertakan  dalam surat balasan dan hendaklah dikembalikan semula kepada pihak  MaCGDI.
 
7.    Dokumen sokong yang diperlukan adalah seperti berikut:
   
        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Jadual 1: Senarai dokumen sokongan yang diperlukan