Sistem Maklumat Asas Sumber Asli dan Alam Sekitar(SMANRE)

Maklumat Asas Sumber Asli dan Alam Sekitar(SMANRE) adalah inventori maklumat berkaitan 6 teras NRE iaitu hutan, air, alam sekitar, biodiversiti, tanah dan mineral. 

Pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara lestari adalah amat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan sosio-ekonomi negara yang mapan. Maklumat asas ini mengandungi data dan maklumat yang komprehensif, terkini dan tepat tentang sumber asli dalam sekitar negara serta dapat membantu dalam pengubalan dasar, perancangan dan pengurusan sumber asli dan alam sekitar negara dengan lebih cekap dan berkesan lagi. 

 

Maklumat yang terdapat di dalam aplikasi ini diperolehi daripada setiap agensi yang terdapat di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara agensi yang terlibat dalam pengumpulan maklumat ini adalah seperti berikut: 

  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) 
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 
  • Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) 
  • Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) 
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) 
  • Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) 
  • Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) 
  • Jabatan Biokeselamatan (JBK) 

 

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai :


 Geoinformation for Natural Resource and Environment (G4NRE)

 Geoinformation for Executive (G4E)

 Editor