Geoinformation for Natural Resources and Environment (G4NRE)

(Hanya boleh diakses oleh pengguna di dalam jaringan NRE sahaja dan hanya pegawai di NRE sahaja)

 

Geoinformation for Natural Resources and Environment (G4NRE) merupakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan pegawai-pegawai eksekutif di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Aplikasi G4NRE ini dapat membantu pegawai eksekutif atasan di dalam membuat keputusan/polisi, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penguakuasaan disamping menggalakkan penggunaan teknologi GIS. G4NRE ini menjadi gerbang untuk  memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari.

 

 

Data spatial yang telah dianalisa dipaparkan melalui aplikasi ini mengikut enam (6) teras kementerian iaitu Tanah, Mineral, Air, Biodiversiti, Hutan dan Alam Sekitar . Pengguna aplikasi G4NRE boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi ini disini .

 

Setiap pendaftaran akan melalui proses pengesahan oleh pentadbir sistem bagi menetapkan fungsi dan peranan pengguna tersebut mengikut bahagian/ jabatan. Terdapat tiga (3) peranan di dalam G4NRE iaitu pentadbir Sistem, Pegawai Perhubungan (Liason Officer) dan Pengguna. Pengguna yang telah mendaftar akan dimaklumkan melalui e-mel sekiranya pendaftaran tersebut telah disahkan oleh pentadbir sistem.

 

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai :


 Sistem Maklumat Asas (SMANRE)

 Geoinformation for Executive (G4E)

 Editor