MyGeotranslator

 

 

 

MyGeotranslator adalah satu inisiatif daripada pihak Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data mengguna pakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi MyGDI.

 

Objektif MyGeotranslator

 

  • Membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunakan standard data / maklumat geospatial
  • Memastikan data / maklumat geospatial boleh dikongsi
  • Membantu agensi dari segi teknikal dalam pembangunan data geospatial
  • Membantu agensi dari segi kos dalam pembangunan data geospatial

 

Kefungsian MyGeotranslator

 

  • Modul Semakan Data - membolehkan sistem ini menyemak data pengguna bagi memastikan data tersebut memenuhi spesifikasi data yang telah ditetapkan bagi setiap sub modul.
  • Modul Format Data - membolehkan pengguna menukar data dari satu format data GIS kepada format data GIS lain.
  • Modul Transformasi Koordinat - membolehkan pengguna melakukan pelbagai proses transformasi sistem koordinat dan unjuran.
  • Modul UPI (Unique Parcel Identifier) - menghasilkan satu output baru yang mengandungi kod UFI FT dan kod UPI QT yang telah dipadankan dengan maklumat sedia ada.
  • Modul MS1759 (GeographicInformation Geomatics-Feature and Attribute Codes) - membolehkan pengguna menjadikan struktur data yang tidak mengikut standard MS1759 kepada struktur data yang mengikut standard MS1759
  • Modul Pemadanan GeoName (Geographical Names Database) - membolehkan proses semakan dan pindaan ejaan nama geografi/tempat dilakukan berdasarkan ejaan nama terkini yang terdapat di dalam Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG)
  • Modul MMS (Malaysia Metadata Standard) - membolehkan pengguna mengisi maklumat metadata bagi sesuatu data.
  • Modul Penjanaan Simbol - membolehkan pengguna memuat turun senarai simbol standard yang digunapakai oleh pihak MaCGDI. 
  • Modul Paparan Data Spatial - membolehkan pengguna overlay data yang telah diproses ke dalam basemap yang telah disediakan pada halaman utama sistem ini.