Geo Smart Asia 2017

JEMPUTAN PENYERTAAN KE GEOSMART ASIA 2017

22-24 OGOS, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

 

YBhg. Datuk/ YBhg. Dato' Sri/ YBhg. Dato'/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan sukacita dimaklumkan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sebagai penganjur bersama penganjuran persidangan GeoSmart Asia 2017 yang akan berlangsung pada 22-24 Ogos 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Persidangan ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pada 22 Ogos 2017.

 

GeoSmart Asia 2017 merupakan satu acara tahunan melibatkan penyertaan seramai 1200 peserta yang terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, persatuan dan lembaga professional dan juga institusi akademik.

 

Persidangan ini juga akan menampilkan lebih 100 penceramah dari pelusuk benua Asia untuk membincangkan kepentingan teknologi geospatial dalam pembangunan ekonomi. Antara topik-topik yang akan dibincangkan termasuk aplikasi bandar pintar (Smart City), infrastruktur dan pembinaan, pertanian pintar, pertahanan, pengurusan bencana dan lain-lain lagi.

 

Selain persidangan, GeoSmart Asia juga akan menempatkan pameran daripada lebih 30 buah syarikat geospatial dari serantau Asia. Maklumat lanjut berkenaan persidangan ini boleh didapati di laman sesawang www.geosmartasia.org.

 

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM1000 seorang. Untuk makluman, pihak penganjur ada menawarkan pakej diskaun istimewa bagi agensi kerajaan yang ingin menghantar 3 perserta dan ke atas. Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan wakil pihak penganjur, Encik Kamal Aznam bin Zaini di kamalaznam@geospatialmedia.net atau di talian 012-2386377 untuk maklumat lanjut.

 

Sekian, terima kasih.

 

Click GeoSmart Asia brochure for more details  >>

 

 

Tarikh: 
Tuesday, August 22, 2017 - 09:00 to Thursday, August 24, 2017 - 16:00
Venue: 
Putrajaya International Convention Center (PICC), Malaysia