Skip to main content

UPI merupakan satu kaedah pencaman yang unik bagi mengenal pasti petak tanah (lot) yang wujud dari kombinasi petak tanah yang telah diukur halus dari kod untuk negeri, daerah, mukim, seksyen dan nombor lot. Aplikasi UPI boleh memaparkan maklumat dalam bentuk spatial dan tekstual bagi paparan petak tanah dan sempadan tanah yang telah diukur halus.

Access Application

 

 

Mengenai UPI

Aplikasi ini dibangunkan pada tahun 2008 dan dinaiktaraf tahun 2016 adalah bertujuan bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggunapakai standard kod dan nama sempadan.

 

Penggunaan yang UPI yang standard dapat menjamin objektif perkongsian data antara agensi dilaksanakan dengan jayanya.

 

upi 0

 

Kebaikan UPI

Memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi di dalam dan antara agensi;

Memudahkan perkongsian maklumat geospatial;

Membantu agensi-agensi dalam pembangunan sistem aplikasi dan;

Menyediakan panduan untuk melaksanakan dokumentasi yang seragam di semua agensi.

 

Ciri - ciri

  • Carian Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah dengan cepat dan mudah dan hasil carian dipaparkan dalam bentuk tekstual dan spatial
  • Pemilihan Basemap;
  • Muat turun Dokumen Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah bagi 16 negeri dalam format pdf;
  • Muat turun Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah dalam format excel;
  • Cetakan peta hasil carian kod dan nama sempadan pentadbiran tanah

Download the Manual