Pangkalan Data Nama Geografi (MyGeoName)
|
Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan bank data yang menyimpan nama-nama geografi, lokasi, sejarah dan notifikasi gazetir yang sah untuk kegunaan kerajaan dan pengguna awam.
Aplikasi MyGeoName dibangunkan bagi menyimpan semua pangkalan data nama-nama geografi seluruh negara.
Ia diibangunkan untuk memberikan maklumat autoritatif berkaitan lokasi dan ejaan nama-nama geografi yang diwartakan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan, industri dan awam.
Faedah pembangunan PDNG :
Bagi melancarkan proses pembangunan pangkalan data nama geografi, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) yang diluluskan oleh kabinet pada 11 September 2002. JKNG kemudiannya menubuhkan Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) pada 11 Mac 2003 yang dipengerusikan oleh Pengarah MaCGDI. JKNG telah menerbitkan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi pada tahun 2005 dan telah menjadi Malaysian Standard MS 2256: 2009 Geographic Information - Guidelines for the Determination of Geographical Names pada tahun 2009. Laman sesawang bagi Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) boleh diakses di sini. Gambarajah di bawah menunjukkan Struktur Organisasi Jawatankuasa Nama Geografi
Brosur PDNG / GeoName (klik untuk pembesaran) |






.jpg)
.jpg)

