Malaysian Land Intergrated Information Services atau MyLIIS merupakan satu aplikasi yang membenarkan pengguna membuat carian maklumat dari pelbagai agensi kerajaan berkaitan tanah seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Malaysia (JPPH), Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Tujuan MyLIIS dibangunkan adalah untuk membuat
kajian pengintegrasian maklumat Carian Persendirian, Cukai taksiran dan Penilaian Hartanah dengan maklumat lot kadaster. Maklumat tekstual dari PTG/PDT, JPPH dan PBT akan dipadankan dengan data lot kadaster daripada JUPEM supaya dapat memapar dan mengenalpasti lokasi sesuatu lot tanah. Pada masa ini, aplikasi ini menekankan penggunaan dan kepentingan
Kod Sempadan Pentadbiran Tanah (UPI)untuk mengintegrasikan maklumat berkaitan tanah dengan lot kadaster.
Sehingga kini, maklumat carian persendirian yang boleh dicapai melalui MyLIIS adalah daripada PTG Pulau Pinang, PTG Kuala Lumpur, PTG Pahang, PDT Kuantan and PDT Temerloh. Bagi maklumat Penilaian Hartanah ianya merangkumi data daripada 39 cawangan JPPH di Malaysia manakala bagi maklumat Cukai Taksiran merangkumi data JPPH DBKL bagi semua mukim di Kuala Lumpur.
Pada masa ini, pengguna dari agensi kerajaan yang dibenarkan sahaja yang boleh menggunakan aplikasi MyLIIS. Ini adalah kerana agensi pembekal data akan mengenakan bayaran untuk setiap paparan atau transaksi. Untuk membolehkan transaksi jualan data tersebut dijalankan secara
online, pihak MaCGDI sedang mengkaji pembangunan modul eCommerce atau MyGDI Exchange. Pada masa ini pengguna awam boleh melihat lot kadaster dan maklumat demo sahaja tanpa perlu mendaftar
disini. Bagi pengguna dari agensi kerajaan yang telah didaftarkan perlulah
login disini sebelum menggunakan sistem.