• Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Clearinghouse/Geoportal

MyGDI Clearinghouse/Geoportal merangkumi sistem rangkaian teragih diantara pembekal, pengurus dan pengguna maklumat geospatial yang dihubungi secara elektronik, menggunakan perisian canggih untuk mempermudah penerokaan, pemeriksaan dan capaian data geospatial secara atas talian. Ia merupakan tulang belakang kepada MyGDI dalam pengurusan dan penerbitan data geospatial dalam media elektronik. MyGDI Clearinghouse/Geoportal mempermudah penyeragaman penerbitan data oleh pembekal data yang mana ianya boleh dicapai melalui Internet. Rangkaian Clearinghouse MyGDI terdiri daripada beberapa pusat data yang dikenali sebagai Pusat Data Geospatial Negeri (SGDC) dan Pusat Data Geospatial Negara (NGDC), dimana ianya dihubungkan di dalam satu sistem teragih. Tujuan utama Clearinghouse MyGDI/Geoportal adalah menyediakan capaian kepada direktori metadata yang dirangkaikan kepada paparan data geospatial. Dengan menggunakan pelayan sistem teragih yang dihubungkan melalui rangkaian, metadata digunakan bagi memudahkan pencarian dan penemuan bagi data-data yang disediakan oleh agensi yang mengambil bahagian. Melalui kemudahan carian dalam talian, pengguna boleh mengenalpasti kewujudan data dan menilai kegunaannya sejajar dengan keperluan pengguna. Selain daripada menyediakan kemudahan perkongsian data, applikasi web bagi analisis spatial juga disediakan bagi memudahkan pengurusan koleksi data dan aktiviti kajian kepada pengguna.

Selain daripada menyediakan applikasi kepada pengguna, Clearinghouse/Geoportal juga menghubungan diantara pembekal data, pengurus dan pengguna. Melalui Clearinghouse/Geoportal, agensi boleh menerbitkan dan mengemaskini maklumat metadata dan data geospatial.

Clearinghouse MyGDI/Geoportal juga berfungsi mengkoordinasi dan mengurus perkongsian data geospatial disemua peringkat termasuk kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Disokong oleh Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse, MyGDI mengkoordinasikan pernerbitan data geospatial dengan mengubal polisi dan garis panduan disamping mengurus operasi Clearinghouse.