Perkhidmatan MySMS

 

Pengenalan

Inisiatif Gerbang SMS adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempelbagaikan saluran-saluran penyampai perkhidmatan. Kemajuan teknologi sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Saluran SMS ini membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan cepat. Gerbang SMS Kerajaan atau lebih dikenali sebagai MySMS adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.  

 

Objektif SMS Kerajaan MySMS

  • Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan;
  • Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama; dan
  • Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah. 

 

Jenis Perkhidmatan SMS
Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan menerusi SMS termasuklah: 

  • SMS Maklumat di atas permintaan (Information On Demand) - Penghantaran maklumat kepada orang ramai yang memohon. Contoh semakan status permohonan lesen, permit dan keputusan peperiksaan;
  • SMS Dokumen di atas permintaan (Document On Demand) - Penghantaran dokumen kepada orang ramai yang memohon. Contoh borang permohonan jawatan kosong, tips keselamatan jalan raya dan jadual perjalanan keretapi;
  • SMS Broadcast - Penghantaran SMS hebahan dari agensi Kerajaan kepada orang ramai. Contoh notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan, hebahan maklumat bencana dan notifikasi tamat tarikh lesen memandu; dan
  • SMS Aduan - Penghantaran SMS aduan dari orang ramai kepada agensi Kerajaan.

 

Caj Perkhidmatan SMS
Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah: 

  • Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM0.15;
  • Setiap SMS yang anda terima dikenakan caj penerimaan sebanyak RM0.20; dan
  • Setiap SMS Hebahan dari pihak agensi yang diterima adalah percuma.

 

Perkhidmatan MySMS MaCGDI

 

 

Perkhidmatan MySMS

Keterangan

Format Penghantaran

Pertanyaan mengenai perkhidmatan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkongsian data geospatial, services dan infrastruktur yang disediakan melalui MyGDI

 

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan MySMS untuk mendapatkan maklumat mengenai perkongsian data geospatial, services dan infrastruktur yang disediakan melalui MyGDI

Taipkan:

NRE [RUANG] MaCGDI [RUANG] E-mel anda[RUANG] PERTANYAAN MENGENAI perkongsian data geospatial, services dan infrastruktur yang disediakan melalui MyGDI

SMS ke 15888