Standard

Penggunaan maklumat geospatial oleh pengguna secara meluas dan aplikasi yang pelbagai telah menghasilkan satu standard untuk menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan perkhidmatan yang bergantung kepada maklumat tersebut. Untuk memastikan maklumat  geospatial boleh dikongsi dengan lancar, terdapat keperluan standardisasi dalam pelbagai aspek data yang perlu dipenuhi bagi menyokong perkongsian data antara pembekal dan pengguna data geospatial. Dalam perkongsian dan pertukaran data, terdapat tiga (3) jenis standard geospatial yang berkaitan; standard kandungan, standard akses dan standard pertukaran.

 

Standard kandungan merangkumi pengecaman petak-petak lot, kod butiran dan atribut dan nama-nama geografi.Standard akses mengambil kira keperluan standard dalam komunikasi data seperti siri ISO 19100 untuk maklumat geografi. Standard pertukaran adalah termasuk XML dan GML.

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai:

 Polisi dan Garis Panduan