Tadbir Urus MyGDI

Bagi menguruskan pembangunan dan pelaksanaan MyGDI, Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) telah ditubuhkan yang berperanan sebagai badan pembuat dasar dan keputusan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan, pembangunan serta program dan inisiatif MyGDI. Selain daripada jawatankuasa penyelaras, terdapat tiga Jawatankuasa Teknikal iaitu Jawatankuasa Teknikal Framework, Jawatankuasa Teknikal Standard dan Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse. Aktiviti MaCGDI khususnya di dorong oleh ketiga-tiga jawatankuasa teknikal tersebut. Sebagai pelengkap kepada jawatankuasa ini adalah Jawatankuasa Penyelarasan MyGDI Negeri (JPMN) dan Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri (JTMN) juga turut ditubuhkan.Gambarajah di bawah menunjukkan Tadbir Urus bagi jawatankuasa yang terlibat di dalam pembangunan dan pelaksaan MyGDI. 


 Inisiatif Geospatial

Rajah 1: Tadbir Urus MyGDI