Bengkel Kajian Keperluan Pengguna Bagi Platform Perkongsian Maklumat Geospatial di Bawah Program MyGDI

Date: 
Wednesday, June 8, 2016

Bengkel Kajian Keperluan Pengguna Bagi Platform Perkongsian Maklumat Geospatial di Bawah Program MyGDI telah diadakan pada 19 hingga 20 Januari 2016 di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sebanyak 4 Agensi telah terlibat di dalam bengkel ini antaranya adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Agensi dari Parlimen Ledang, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Selain itu, projek lain yang terlibat di dalam bengkel ini adalah projek MyGeoMap

 

Objektif Bengkel Projek Bersama Agensi ini adalah bagi :

  • Mengesahkan cadangan layer asas yang akan dimuatkan di dalam platform perkongsian agensi;
  • Menentukan kategori pengguna untuk mencapai platform perkongsian bagi setiap agensi;
  • Mengenalpasti keperluan tambahan layer oleh pengguna untuk dimuatkan di dalam platform perkongsian agensi yang terlibat; dan
  • Mengenalpasti platform perkongsian agensi yang digunakan (melalui MyGOS/ konsep MyGeoMap/ konsep hybrid(kombinasi kedua-duanya)

 

Objektif Bengkel Peningkatan MyGeoMap adalah :

  • Mengenalpasti penstrukturan keperluan maklumat yang akan dimuatkan di dalam aplikasi MyGeoMap; dan
  • Menentukan dan mengenalpasti paparan Graphical User Interface(GUI) serta fungsi aplikasi untuk dimuatkan di dalam aplikasi MyGeoMap

 

Klik di sini untuk galeri gambar 

Category: 
Year: