Bengkel Penyediaan dan Penerbitan Metadata Bil.1/2017

Date: 
Tuesday, April 4, 2017

Bengkel Penyediaan dan Penerbitan Metadata Bil.1/2017 telah diadakan pada 4 hingga 5 April 2017. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada agensi/jabatan dalam menyediakan dan menerbitkan metadata. Bengkel ini julung kali diadakan bagi agensi negeri Sabah dan WP. Labuan bagi memberi pendedahan mengenai penyediaan dan penerbitan metadata. Bengkel ini dihadiri wakil daripada JTUS, JKR Sabah, JUPEM Sabah, JPS Sabah, UPEN Sabah dan JPPH WP Labuan. Sebanyak 40 metadata telah berjaya diterbitkan di dalam bengkel ini.

 

Antara agensi yang terlibat ialah;

  1. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah  (JTUS)
  2. Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan (JKR WP Labuan)
  3. Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah (JKR Sabah)
  4. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah (JPS Sabah)
  5. Jabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan (JUPEM WP Labuan)
  6. Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN Sabah)
  7. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Labuan (JPPH  WP Labuan)

Antara lain komen dan cadangan daripada agensi yang terlibat adalah, bengkel ini wajar diadakan setiap tahun bagi memberi ruang serta peluang kepada agensi di negeri Sabah dan WP. Labuan dalam menyediakan dan menerbitkan metadata agensi mereka. Hal ini bagi membantu mereka dalam mengembangkan pengetahuan serta kepentingan penyediaan dan penggunaan metadata dalam membuat perancangan dan mengelak duplikasi kerja di negeri Sabah dan WP. Labuan khususnya.

 

Click here  to view Photo Gallery

Category: 
Year: