Bengkel Penyediaan Data Geospatial Ke Dalam Portal MyGOS

Date: 
Thursday, April 18, 2019

Bengkel Penyediaan Data Geospatial Ke Dalam Portal MyGOS diadakan pada 8 April 2019  di Dewan Seminar Stride, Blok A, Kompleks Induk Stride, Taman Bukit Mewah, Fasa 9, Kajang Selangor. Bengkel membincangkan berkaitan skop penyediaan data geospatial ke dalam portal MyGOS dan beberapa isu lain termasuk system design.

 

Bengkel dimulakan dengan Perutusan Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat dan seterusnya merasmikan bengkel. Bengkel diteruskan dengan Taklimat MyGDI, MyGOS dan Dokumen Permulaan Projek oleh Pegawai MaCGDI. Sesi Perbincangan Kumpulan diadakan bagi membincangkan keperluan Pembangunan Aplikasi dan Data. Selepas Sesi Perbincangan, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan kepada peserta bengkel. Bengkel berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Klik di sini untuk galeri gambar.

Category: 
Year: