Focus Group Discussion(FGD) Bagi Penyediaan Dokumen Permulaan Projek Pembangunan Sustem Daftar Warisan di Bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]

Date: 
Thursday, April 11, 2019

4-5 April 2019 | Pusat Pengembangan Warisan,Kuala Lumpur - Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan Focus Group Discussion bersama Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)  bagi membincangkan Keperluan Projek dan Penyediaan Dokumen Permulaaan Projek Pembangunan Sistem Daftar Warisan. 

 

Sesi ini telah dihadiri  oleh seramai 35 orang kakitangan Jabatan Warisan Negara yang dikelolai oleh 4 orang urusetia daripada Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. Terdapat sesi perkongsian ilmu antaranya pembentangan mengenai Program MyGDI, Pengenalan kepada GIS, Aplikasi MyGOS dan Dokumen Permulaan Projek. Sesi ini turut melibatkan sesi perbincangan secara berkumpulan yang terdiri kepada Kumpulan Data dan Aplikasi bagi membincangkan secara spesifik kajian keperluan projek dan seterusnya sesi pembentangan dan rumusan. Klik di sini untuk Galeri Gambar

 

 

Category: 
Year: