Galeri Kejayaan NRE

Date: 
Tuesday, February 28, 2017

Galeri Kejayaan NRE memaparkan galeri dan memori kejayaan yang menceritakan program-program NRE, kolaborasi strategik dan hubungan antarabangsa serta penguatkuasaan akta dan undang-undang yang tela dilaksanakan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan jabatan di bawah NRE. Ianya merupakan cetusan idea Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato Sri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bagi membangunkan sebuah galeri yang memetakan maklumat kejayaan di NRE. Ia merupakan satu inisiatif yang telah dibangunkan oleh Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) bagi membangunkan Digital Mapping Kejayaan NRE menggunakan platform MyGOS. Pembangunan Galeri Kejayaan ini melibatkan kerjasama pelbagai Jabatan iaitu FRIM, JUPEM, INSTUN, PERHILITAN, JTLM, JMG, NAHRIM, JPSM, JKPTG, JAS, JPS dan bahagian-bahagian di bawah NRE.

 

Klik di sini untuk akses kepada Galeri Kejayaan NRE >>>

Category: 
Year: