Kursus Penggunaan Aplikasi MyGeotranslator dan ArcGIS Dekstop

Date: 
Thursday, December 21, 2017

Kursus Penggunaan Aplikasi MyGeotranslator dan ArcGIS Dekstop diadakan satu (1) hari melibatkan peserta yang terdiri daripada pegawai di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Pegawai-pegawai yang hadir diberi latihan penggunaan aplikasi MyGeotranslator. Antara sub modul-sub modul yang terdapat dalam Aplikasi MyGeotranslator seperti;

 

  • Sub modul Semakan Data;
  • Sub modul Format Data;
  • Sub modul Transformasi Koordinat ;
  • Sub modul Unique Parcel Identifier (UPI);
  • Sub modul MS1759;
  • Sub modul Pemadanan Geonames;
  • Sub modul Pengisian Malaysia Metadata Standard (MMS); dan
  • Sub modul Simbol Standard.

Pegawai-pegawai yang hadir juga diberi latihan penggunaan perisian ArcGIS Dekstop dalam mengemaskini data-data Lot Charting yang terdapat di JPPH. 

 

Click here to view Photo Gallery.

Category: 
Year: